Monday, October 16, 2006

Wanita + Rokok = ...

Sabtu lepas, aku p berbuka puasa di Wong Solo, Ampang...

Dalam kesibukkan orang ingin berbuka puasa, aku perasan perempuan-perempuan yg berada di meja hadapan aku.. Tengok meja penuh dgn makanan mcm utk makan 5 org tp yg ada 2 org sahaja..

Selepas 2 minit waktu berbuka puasa, datangla rakan2 dia dlm 4 org gitu.. mmg kecoh sekejap la.. siap berpeluk2 n muah muah.. (sorang je yg bertudung, yg lain tu semuanya seksi berlaka n muda2).. Aku perasan, meja sebelah kanan aku duk sibuk pandang akan kumpulan yg sibuk muah2 pipi nie.. mereka nie laki la.. 2 org mamat yg nampak agak lonely (aku assume teman serumah) pandang mcm geram je aku tgk.. haha kumpulan ppuan nie mmg lawa2 la.. ada yg lawa makeup ada yg lawa semulajadi.

Dlm sibuk aku menjamah makanan (sedap ooo sambal udang, dendeng n ayam goreng kat wong solo ni), aku terpandang la minah yg duduk bertentangan aku nie.. org lain semua sibuk menjamah makanan n minum.. dia pula sibuk dgn benda lain..

Ini la, topik yg ingin aku katakan di sini hari ini. Wanita + rokok = ....

Yups, ppuan yg duduk bertentangan aku nie sibuk sedang menjamu selera jin.. eemm maksud aku merokok.. Nak tergelak pun ada sebenarnya, org lain semua lapar nak mkn nasi atau kuih dia pula berbuka puasa dgn rokok.. Dr sini, aku tau dia mmg ketagih rokok (heavy smoker)...

Rasa syg sgt, ppuan tu cantik.. putih... tp adab n sopan dia telah tiada.. Di masa yg sama, aku intai juga disekeliling aku, ada lagi x org disekeliling aku merokok.. eemm xde pula aku nampak.. hanya dia sorang shj. Dan yg pastinya, dia bukan shj berjaya mcuri perhatian aku tp mamat 2 org tadi juga..

Skrang ni, ramai dah wanita yg merokok x kira la bertudung atau tidak. Ada yg berani merokok di tempat terbuka ada juga yg buat di tempat tertutup (berlakon baik di hadapan org lain). Adakah wanita yg merokok ni tidak baik? eemm entah la.. aku x berani nak komen. Sbb ada yg mgatakan hukumnya HARAM ada yg mengatakan MAKRUH. Aku x tau la, tp masa aku belajar dulu hukumnya HARAM. Tp masih tiada keluar lagi fatwa yg mengatakan merokok itu HARAM.

sebenarnya, aku berasa sedih n malu dgn sikap ppuan tersebut. Kenapa mesti berbuka puasa dgn merokok? Apa yg nikmat sgt atau kenyang sgt hisap asap rokok tu? Perbuatan dia tu sudah memalukan kaum wanita.. ke pemikiran aku nie kolot sgt? eemm entah la.

Tapi itu lah hakikatnya, sebenarnya dah ramai perempuan Malaysia yg merokok. X kirala bangsa melayu ke india ke cina ke.. Merokok kini seolah2 trend and cool bg wanita. Seolah2 ingin mbuktikan bahawa ppuan juga setaraf dgn lelaki.

Pelik? diorang ni x rasa segan ke.. kerana aku tau, kebanyakkan masyarakat masih memandang serong pd ppuan yg merokok nie. Ianya mempamirkan budi pekerti wanita tersebut. Bukan la aku nak ckp wanita yg merokok tu x baik tp tanggapan org terhadap dia sudah mula serong. Aaii entah la, mgkn sbb aku bukan perokok maka aku x mengerti keseronokan merokok itu.

Tapi alhamdulillah aku x teringin langsung utk mcubainya.. krn aku tau ianya x membawa sebarang faedah kepada aku. Mgkn x lama lagi, melihat wanita merokok di khalayak org ramai ini adalah perkara biasa. Dan mgkn org melihat mereka ini sbg wanita yg berkerjaya.. super women.. sape tahu ini adalah salah satu trend. spt zaman org dahulu2 mengunyah sireh atau hisap rokok daun.

Sesuaikah wanita merokok???

Wednesday, October 04, 2006

Makan + Berat = Masalah Perempuan

Lamanya aku dah tak update blog nie.. hehe asyik sibuk update blog mengenai hati sahaja (dah naik jemu).

Topik yang aku nak bincangkan pada kali ini ialah.. perkaitan antara MAKAN, BERAT dan PEREMPUAN..

Aku sebenarnya dulu tak faham langsung, kenapa ramai perempuan takut kepada kenaikan berat badan atau makan banyak atau makan makanan berlemak.. Serious aku tak faham... Kenapa perempuan suka memeningkan kepala mereka dengan masalah-masalah begini.. Aku tgk tak ramai pula lelaki mcm nie.. knp ppuan je yg suka membebankan fikiran mereka dgn masalah remeh ni??

Dulu aku mmg x faham la.. sbb aku dulu kategori jenis high metabolisme.. kira aku mkn byk mana sekali pun.. mmg x pernah mjadi masalah.. badan still slim mcm papan.. haha masa skool dulu aku mmg kurus la.. bayangkan ketinggian 176cm dgn berat badan aku yg 47kg.. (haha bangga tau kurus mcm tu lepas tu leh mkn byk) walaupun masa tu xde la bangga sgt dgn badan aku tu.. (haha biasala ppuan mana pernah puas hati dgn bentuk rupa fizikal mereka.. ada2 je x cukup sini terlebih sini)

Tp masa tu memang antara saat2 bahagia aku.. ye la org duk asyik puji je... "best la ko mkn byk.. x gemuk2 gak" dlm diam aku rasa best gak.. ye la.. masa tu, aku tgk ramai kawan2 ppuan aku sibuk diet.. sibuk jaga pemakanan semata2 utk kurus.. tp aku pula.. mkn lgsg xde pantang larang.. apa yg dihajati di hati.. pasti aku penuhi keinginan itu.. What a life.. hehe

Tp semenjak aku telah digelar dewasa (25 thn ke bawah di kata remaja)berat badan aku telah bertambah.. actually semenjak aku dah tamat belajar di U.. berat aku semakin hari semakin bertambah.. mula2 happy gak.. sbb dgn ketinggian aku.. berat ideal aku adalah 60kg.. bayangkan dr 47kg (berat lepas skool).. nak naik ke 60kg.. bukan senang tau.. hehe tp skrang bukan mustahil lg bg aku utk mcapai berat ideal.. malah hakikatnya.. aku telah pun melepasi berat ideal aku ... wawawawawa

Kini, aku dah memahami perasaan ppuan yg takut nak mkn yg takut akan kelebihan berat badan.. Skrang aku begitu rajin timbang berat badan aku dan mengeluh bila tgk angka yg dipamirkan kat penimbang elektronik aku.. rasa nak pengsan pun ada, bengang pun ada, sedih pun ada.. mcm kata pakcik ASTRO.. "mcm-mcm ada"...

Pelik.. dulu aku x obses lgsg dgn berat badan aku nie.. skrang nie.. aku asyik komplen je.. gemuk la, buncit la, x cantik la, baju dah x muat, lengan besar la, dagu berlapis la.. secara ringkasnya, x suka lgsg dgn keadaan skrang.. dan aku juga dah mula monitor pemakanan aku.. aku dah xle mkn sesuka hati aku lagi dah.. aaii frustnya. Bukan aku x bersyukur dgn diri sdiri.. cuma rasa ketidakpuasan hati itu terlalu tinggi.

Gara2 pertambahan berat badan nie.. aku yg malas bersenam ni pun rela pergi kelas aerobik.. atas alasan nak fit la.. hehe hakikatnya nak kuruskan badan.. tp lepas join kelas aerobik, berat badan aku lagi pantas naik.. dlm bahasa pasar.. makin dipam2 spt belon..

Persoalannya skrang adalah.. knp perempuan begitu mementing rupa luaran atau fizikal mereka??? Aku yg dulu x pernah ambil pusing mengenai isu ini, kini isu ini ibarat antara masalah mega dlm hidup aku.. (hehe masalah mega tu.. mcm mage sales pula aku rasa..) Dan aku sedar juga, isu ini bukan hanya melanda diri aku tapi berjuta perempuan lain lagi di dunia ini.. Adakah nampak kurus atau cantik begitu penting?

Eemm jap.. bg aku la, nampak kurus dan cantik adalah amat PENTING sekali.. kerana ia mewakili sumber keyakinan diri aku dan aku boleh shopping baju yg lebih comel2 n cantik2 belaka.. (hehe skrang susah tau nak cari saiz aku)..

Atau isu ini timbul kerana aku dipengaruhi oleh org lain?? Ye la faktor persekitaran kita, kawan2 kita, etc.. eemm entah la..

Tapi aku tau, ramai wanita yg tidak pernah berpuas hati dgn fizikal diri mereka dan risau akan pertambahan berat badan.. haha jgn x tau.. bg wanita nie.. pengurangan berat badan ni, ibarat menang loteri bg yg berjaya kurang 1kg - 5kg.. tu baru 5kg kurang.. kalau kurang 10kg ++ aku rasa mesti mereka ni rasa spt dunia ini aku yg punya HAHAHA...

Kesimpulannya - Aku nak KURUS!!!