Wednesday, February 25, 2009

saya memilih untuk rasa gembira

Pagi ni, saya duduk seorang diri di dalam bilik pejabat saya yang sederhana besar. Seboleh-bolehnya, saya cuba menikmati roti manis separuh keras yang menjadi sarapan saya hari ini. Roti manis saya cicah ke dalam kopi segera untuk melembutkannya sebelum ia singgah di lidah. Entah kenapa roti manis ni terasa kurang enak pagi ni. Bukannya saya tak biasa bersarapan dengan roti hampir expire begini. Saya kurang memilih dalam soal makan.

Tapi pada saya, makan apa sekali pun, akan terasa lebih sedap jika makan bersama-sama orang lain. Dalam beberapa langkah dari bilik saya, ada sebuah pantry yang sedang dipenuhi teman-teman sejabatan saya. Mereka semua sedang enak menjamu selera. Saya tahu itu, kerana saya ke sana tadi untuk mengambil secawan air panas. Hati memang terasa mahu tumpang sekaki, bersarapan bersama mereka. Tapi, makin lama, saya rasa seperti 'semacam' aje, seperti ada yang tidak kena. Bukan saya tak pernah cuba mendekati mereka, tapi pasti akan ada 'ackward moments' bila saya cuba menyelit dalam kumpulan mereka ni. Akan ada soalan-soalan atau kata-kata saya yang tidak bersambut, atau bersambut dengan pandangan mata di antara mereka, yang saya sendiri kurang faham maknanya.

Saya memang orang baru di sini. Kurang enam bulan. Mungkin terlalu awal untuk mendapat tempat di kalangan kawan-kawan baru saya ini. Mungkin juga ada perilaku atau kata-kata saya yang kurang kena. Pernah (baca:kerap juga) saya terasa ingin berjauh hati kerana ada masa saya rasa disisihkan. Tapi, jika saya berasa begitu, tentu saya akan terus dan terus berasa hati, kan? Dalam kata lain, saya akan menyimpan rasa, kan? Tentu saya akan makin terasa tidak selesa bila bersama mereka kan?

Saya sudah dewasa. Jika saya rasa ada perbuatan saya yang tidak mereka senangi, saya akan cuba perbaiki cara saya. Jika usaha saya untuk rapat dengan mereka yang tidak mereka suka, pun tidak apa. Saya tak boleh dan tak akan paksa mereka terima saya dalam 'group' mereka ini. Saya faham, ada masa, susah nak terima orang baru menyertai 'klik' kita yang sudah rapat dan sekepala.

Jadi di pagi ini, daripada saya berkecil hati dan merosakkan 'mood' ceria saya, saya memilih untuk tidak menghiraukan perasaan negatif tu. Dalam hidup saya, ada banyak lagi tanggungjawab dan urusan yang saya perlu langsaikan dan saya suka bekerja dalam keadaan senang hati.

Jadi, saya memilih untuk tetap rasa gembira hari ini. Boleh? Tentu saja.

Wednesday, February 18, 2009

Bahasa Itu Bunga Kebangsaan

Arini da masuk bulan Februari..menandakan da masuk 5 tahun semenjak aku menyertai Program Latihan Khidmat Negara...Mula-mula,memang aku xnk join pn..sebab masa tu aku tgh keje part time kt stesen minyak[ Jd attendan pam]..

Masa aku kt sana,aku banyak terdedah dgn dunia luar.Bagi aku,semua yang aku dapat tu adalah pengalaman yang bukan semua orang leh dapat..

Apa yang aku dapat?
aku dapat kenal dunia laa..Hehe..aku kenal apa tu lawan,apa tu kawan,apa tu etnik,apa tu friendship, dan macam2 lagi yang aku dapat..

Hari pertama aku sampai kat sana,aku ditempatkan dalam kumpulan N dan khemah N1..
Orang pertama yang menyambut aku adalah seorang budak India.Nama die Kesavan..
Then, stat dari hari tu,kitorg jd member baik..Walaupun bahasa melayu die kurang fasih,tapi aku still faham each time die buat klaka..
Hari kedua kt situ,peserta dari Borneo pn sampai..Ade sorg chinese guys yang pada aku sangat2 pendiam..Nama die Roger..

Walaupn die pendiam,tp ade sumthing yang pada aku kitorg leh jd kawan..Then, aku ngn die jd kawan rapat..
So,kesimpulan yang aku dapat,Kesavan dan Roger adalah sahabat pertama dan kedua time aku join PKN..

Apa persamaan Kesavan dgn Roger?

Dua org sahabat aku ni bkn org Melayu. .Tapi diorg blh ckp bahasa Melayu..
So,ape yang pelik dgn org non-Malay boleh ckp BM?
Memang xpelik pun.. Itu menandakan diorg menghormati Bahasa Kebangsaan..
Jadi,ape kaitan lak dengan topik ni?
_____________________________________________________________________


Lebih kurang sebulan sebelum aku menamatkan PKN, ketika aku dan Roger naik bas menghala
ke UPM,aku duduk sebelah sorg dak Chinese..Die dari sesi kedua..Aku pn try la menunjukkan keramahan aku..Borak2 dgn die..
Apa yang mengejutkan aku,dak Chinese tu ckp..

"Sorry, tak pandai ckp Melayu"

Ufff....Terkejut gak dgn pernyataan mamat tu.Tak sangka yang xsemua orang boleh ckp Bahasa Melayu..

Memang agak pelik jika seseorang yang memiliki kerakyatan Malaysia tetapi tak dapat bertutur dalam bahasa Melayu..Bukankah sudah jd satu kemestian bagi rakyat Malaysia untuk bertutur dlm Bahasa kebangsaan?

Kadang- kadang aku terfikir,kenapa mamat tu tak boleh ckp Melayu? Ada lagi ke org yang macam tu kt Malaysia ni? Dan aku boleh kata yang sesetengah orang melayu sendiri tak boleh menggunakan bahasa kebangsaan dgn betul.Aku pernah jmpe satu mix-Family yang anak mereka tak boleh bertutur dalam bahasa melayu..

Mungkinkah bagi mereka yang mempunyai kerakyatan Malaysia ini merasakan yang Bahasa Kebangsaan ini sudah tak relevan?Adakah mereka berfikir yang bahasa Melayu ini low standard?

Bahasa itu jiwa kebangsaan.Bahasa itu bunga perpaduan.Bahasa itu jambatan persaudaraan. Bahasa itu bukan milik sesetengah bangsa sahaja.Jadi,perkara seperti ini dilihat semacam sinikal bagi sesetengah pihak macam aku sendiri..

Mungkin bagi sesetengah pihak yang lain,perkara ini seperti kes-kes terpencil.Tapi tidak bagi sesetengah pihak yang lagi satu. Dimana letaknya kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk berbahasa Melayu? Bahasa Melayu bukan sekadar mengagung- agungkan orang Melayu sebagai pemunya total.Tetapi bahasa Melayu adalah sebagai diplomat yang meghubungkan jiwa-jiwa pelbagai bangsa..


Friday, February 13, 2009

Naif...

Dunia...oh Dunia.. kadang-kadang aku pun tak faham dgn apa yg berlaku kat dunia nie.

Ok.. aku ada cerita nak dikongsikan bersama di sini.. bukan tujuan aku nak memburukkan sesiapa atau memalukan sesiapa.. aku just nak bercerita dan meluahkan apa yg terpendam dlm hati perut aku nie..

Aku ada kenal seorang perempuan nie la.. tak ada lah aku kenal dia lama sgt, tp sempatla kenal dia lebih mendalam sikit. Budaknya baik, pemakaian sopan, berbudi bahasa, manja2, solat tak tinggal.. kiranya budak yg baik la even keluarga dia pun nampak mcm ambil berat pasal dia.

Ok kisah dia bermula bila dia graduate dari U dia.. kira fresh graduate ler.. biasa la, dah graduate.. sibuk cari kerja.. aku difahamkan dia kerja kat sebuah syarikat ni.. mula dia kata dia dapat kerja sbg programmer.. alih2 aku tau bukan la pula.. dia buat internet business.. ok la.. tak kisah la kan..

Syarikat dia kerja ni ada membuat aku sedikit terkejut dan pelik banyak especially bos dia. Syarikat dia kerja konon2nya international company.. dan disebabkan tu kawan aku seorang ni tak dibenarkan memakai tudung dan pakai baju kurung ke pejabat..

Ya Allah.. ada lagi ke syarikat mcm ni di Malaysia? Aku rasa mcm berada di Paris sahaja.. at one time kat sana darurat.. kalu ada muslimah pakai tudung mmg kena pukul atau ia boleh membahayakan keselamatan mereka.. tp ini di Malaysia, ok.. sebuah negara Islam. The best part kawan aku ni dengan rela hati patuh pada arahan tu.. (xtau la dgn berat hati atau senang hati)..

Kejanggalan seterusnya adalah.. BOS dia.. adalah melayu kita.. dan sudah pasti la lelaki.. kawan aku ni kalu cerita pasal BOS dia.. adei.. berbulu sungguh telinga aku dengar... nampak sgt yg kawan aku ni amat2 kagum pada bos dia dan sgt2 percayakan bos dia ni.. Dia cerita, bos dia pernah kerja dgn DONALD TRUMP... uuuuuuuu hebatttt sbg apa tu aku xtau la... hehehe tp bos dia blk Malaysia lepas tragedi WTC runtuh. Bos dia kaya banyak harta... bos dia baik.. bos dia dulu sekolah pondok, bos dia alim, bos dia pandai (sound like someone i know)bos dia la segala2nya yg hebat.. tp aku diberitahu bos dia x solat... bila ditanya knp.. bos dia ada alasan dia tersendiri.. haha ni buat aku tergelak guling2.. itu ke yg kawan aku katakan ALIM??

Dan bos dia ni juga yg suruh dia jangan pakai tudung.. kawan aku pernah cuba utk mempertahankan isu bertudung.. Dan bos dia tanya.. "awak ada bf?" "awak pernah pegang tangan dia?" "apa hukum berpegangan tangan bersama bukan muhrim? dosakan?" "Kalau pegang tangan bersama muhrim boleh knp xle x pakai tudung?" erkkk apa punya argument tu?? kerana itu kawan aku x dapat mempertahankan tudung dia.. Dan yg peliknya, kawan aku masih bekerja di sana.. walaupun tak suka. Tapi kini dah berhenti sebab BF dia paksa berhenti, itu pun lepas gaduh bagai nak rak.

Kepelikkan terus berlaku.. di mana bos dia sering bg nasihat pada kawan aku.. jgn berada diluar rumah lewat2 mlm.. jgn dating smp tgh mlm.. x elok anak dara berkelakuan begitu.. bagus la ada bos bagi nasihat mcm nie.. tp yg kelakarnya.. ada satu mlm ni.. bos dia ni minta kawan aku bersama office mate dia, perempuan la juga.. pergi umah bos dia.. untuk jaga anak bos dia dan bermalam di sana.. dan kebetulan pula bos dia ni duda anak sorang.. hahaha adei sakit perut aku dibuatnya, sbb cakap tak serupa bikin betul bos dia nie.. abis suruh anak dara bermalam kat umah dia tak apa la pula?? memang alim-alim kucing betul bos dia nie.

Korang mesti nak tahu kenapa kawan aku nak kerja di sana dan sanggup bertahan kerja di sana.. kebetulan sekarang nak cari kerja susah sbb keadaan ekonomi yg sedang merundum, dia fresh graduate, jadi xde pengalaman kerja, gaji yg lumayan RM 4,500 sbulan dan syarikat yakinkan dia.. yang dia boleh jadi kaya raya buat internet business nie.. (what a scam)

Apa yang aku nak ulas dan persoalankan di sini adalah:-
  1. Never ever judge a book from a cover.. jangan sama sekali menilai seseorang secara luaran sahaja atau dah berapa lama kita kenal dia.. krn manusia mmg boleh berubah dlm sekelip mata sahaja di atas sebab2 tertentu.
  2. Walaupun sebaik mana pun orang tu atau sealim mana pun org tu.. percaya lah dia pun manusia biasa banyak kekurangan dan bukan la sebaik atau sealim mana pun.. (tak kiralah dia belajar sekolah pondok atau belajar di Kaherah sekali pun)
  3. Jika kita dah buat dosa, jangan la kita menambah dosa kita.. seolah2 kita berpegang pada prinsip "genggam bara api sampai jadi arang", alang2 dah buat dosa.. kita tambah je la dosa tu.. hahaha adeii kira mcm perompak la.. alang2 dah merompak tu.. baik terus rogol dan bunuh je mangsa tu..
  4. Jgn terlalu mudah percaya dgn org.. zaman skrg ni byk betul konsep penipuan..
  5. Manusia mmg mudah rambang mata lebih2 lagi jika melibatkan duit atau wang. Fresh graduate mana tak nak dibayar gaji sebulan RM4,500 sebulan bila mula bekerja.. korang pun mesti nak.. even gaji permulaan aku dulu bermula dgn RM 500, masa tu aku lepasan SPM je.
  6. Kita ni berada di negara Malaysia, negara yg demokrasi.. ada ke syarikat yg mendrikiminasikan ISLAM? atau syarikat yg meletakkan syarat tak boleh pakai tudung atau tak boleh solat? atas alasan sbb ini sebuah syarikat INTERNATIONAL.. hina sgt ke pakai tudung ni? atau huduh sgt ke fesyen memakai tudung dan berbaju kurung? Bukan ke itu hak individu? dan mcm la kat Malaysia ni terlalu darurat smp kita tiada pilihan utk mcari rezeki di tempat lain.
  7. Macam mana kawan aku ni begitu lurus bendul boleh terima je? adakah dia tiada pendirian? atau dia sedang mengalami desakan kesempitan kewangan? atau di bomoh oleh bos dia? atau atas pujukan kawan2 dia? atau terkena kejutan budaya kuala lumpur? atau dia terlalu naif? atau dia memang seorang materialistik?
  8. Bagi sesetengan org kerjaya adalah penting begitu juga dgn wang.. ianya dpt mbuat anda berubah.. daripada anda x dikenali hingga dikenali ramai.. dari kita mengenali mereka sehingga kita tidak lagi mengenali mereka.

Ikhlas, aku mmg terkejut dgn apa yg telah terjadi pada seorang kawan aku ni.. masa dgr cerita ni dari bf dia.. bergenang air mata aku.. sbb kawan aku ni sanggup, seolah2 sudah tiada peluang lain. Aku bukan la nak mempertikaikan sgt dgn tindakan dia.. sbb ada je perempuan.. bila ke pejabat dia bertudung tp bila aktiviti sosial dia tak bertudung atau bila keluar dating tak bertudung.. ialah masing2 ada cara masing2.. even aku sendiri kat laman rumah sendiri tak bertudung.. kira aku pun sendiri x sempurna dan baik mana..

Tapi apa yg mbuat aku agak terkilan adalah syarikat tersebut... dan bos dia yg aku ibaratkan seperti dajal atau iblis bertopengkan manusia.. ke dia melayu tp bukan Islam .. ish x baik aku tuduh org mcm tu.. aku rasa dia berfikiran Islam Liberal.. hehehe kira mcm Islam moden.. tp aku mmg tak suka dgn org mcm ni.. mereka ni ibarat duri dalam daging.. dan kalu kita biarkan duri tu.. pasti daging tu akan sentiasa sakit dan lama2 menjadi busuk.

Apa pula pendapat korang?

Inilah hakikat kehidupan sebenarnya... Sejauh mana kita sanggup melepasi sempadan pendirian kita.. Sejauh mana kita sanggup lakukan untuk mengejar impian kita..