Friday, April 30, 2010

Kenapa wanita harus memilih LELAKI yang lebih MUDA ...

Dah beberapa minggu topik ni berlegar-legar dalam minda aku.. nak menaip macam tiada masa, asyik sibuk dengan kerja dan ber FB je sekarang.. hihihi.. rasa bersalah pula dah lama membiarkan blog ni bersawang.

Mungkin ramai yang rasa pelik dan tertanya-tanya kenapa aku memilih topik ini pula untuk diutarakan dalam blog Dunia Oh Dunia kali nie.

Seperti yang kita semua sedia maklum, kami sebagai kaum Hawa jika hendak memilih pasangan, ramai yang akan memilih kaum Adam mengikuti kriteria-kriteria tertentu. Contohnya, mahukan pasangan yang lebih matang, lebih berkerjaya, kaya raya, kacak, macho, tinggi, badan tegap, anak Tan Sri atau Dato’ dan sebagainya lah.. (tak larat nak taip semua dalam ni.. ialah lain orang lain citarasa dia).

Owh dan tidak lupa juga UMUR atau USIA juga dititik beratkan dalam memilih pasangan. Kalau boleh nak cari laki yang lebih tua dari usia si empunya diri, atas alasan kalau laki yang lebih tua ni, lebih matang, lebih bertanggungjawap, lebih stabil, dan lebih segala2nya la.. jika nak dibandingkan dengan laki yang lebih muda dari usia wanita tersebut. Memang tidak dinafikan ada benar disebalik kata-kata itu. (Dan aku pun kalau boleh nak lelaki yang lebih tua, lagin cun tua 5 tahun)

Jarang-jarang sekali jika kita mendengar wanita yang mengahwini lelaki yang lebih muda dari mereka (ini tidak termasuk yang suaminya hanya muda beberapa bulan dari si isteri itu atau beza hanya setahun dua sahaja). Kalau ada pun, memang sah-sah akan dipandang serong oleh masyarakat. Seperti kisah Mek Wook, nenek yang berkahwin dengan lelaki yang lebih muda dari usia dia (memang la ada sebab kenapa laki tersebut sanggup mengahwini Mek Wook; disebabkan harta nenek tu). Tetapi hakikatnya, masyarakat tetap akan memandang serong, jika laki muda berkepit dengan wanita tua yang boleh dipanggil ibu atau nenek. Kalau wanita tu seorang yang mempunyai gelaran, laki muda tu akan diberi gelaran anak ikan la pula.. hahaha mana la dapat title anak ikan tu? Kenapa tak panggil anak beruk ke? Anak beruang ke? (oppss.. terbabas pula, berbalik semula ke topik asal)

Mungkin topik saya pada kali ini akan mencetuskan havoc atau ketidakpuasan hati sesetengah golongan atau mungkin ramai juga yang tidak bersetuju. Tapi ini hanya lah pendapat saya sahaja. Saya nak mengajak kaum Hawa untuk membuka sedikit minda dan memberi peluang kepada laki yang berusia lebih muda dari mereka. Hakikatnya, tidak semua laki yang lebih muda itu, tidak matang atau kurang bertanggungjawab atau masih nak enjoy katak sahaja (ini untuk laki yang berusia 25 tahun ke bawah). Hihihi dan takkan lah laki dah berusia 33 tahun masih tak matang dan tidak bertanggungjawab jika nak dibandingkan dari laki yang berusia 21 tahun kan? (Sebenarnya ada je laki yang dah 40 tahun yang masih tak matang dan tidak bertanggungjawab, tapi tidak ramai la). Tapi cuba fikir dari sudut lain iaitu di kala hari tua kita nanti. Siapakah yang akan jaga kita bila kita dah tua? Siapa yang akan teman kita miniti hari-hari tua? Mestilah kita nak bersama dengan pasangan kita.. pasangan kita yang dah lama kita hidup bersama dan membina keluarga bersama.

Tapi sedarkah kita semua di antara lelaki dan wanita siapa yang hidup di muka bumi Allah lebih lama? Memang tidak dinafikan soal ajal ini hanya Allah sahaja yang mengetahui. Tapi hasil dari kajian di Malaysia pada tahun 2007, statistik menunjukkan jangka hayat wanita ialah 76.5 tahun, sedangkan lelaki ialah 71.7 tahun sahaja (dari laman web Department of Statistics Malaysa (DOS). Ini bermakna wanita hidup lebih lama daripada lelaki lebih kurang dalam 5 tahun gitu.

Sebab tu, kita lihat ramai wargatua atau wargamas wanita hidup berseorangan kini kerana pasangan mereka telah kembali ke rahmatullah. Sakit pening dia, mungkin ada anak-anak atau cucu beliau yang boleh tengokkan dan jaga, tapi tempat untuk dia meluahkan perasaan, bermanja, ingin dibelai dan disayangi oleh suaminya ??? dan itu tidak dapat ditukarganti dan tidak sama.

Mungkin lepas ni jika ada sesiapa yang masih single nak cari pasangan laki yang lebih tua 5 tahun daripada kita (wanita), mungkin boleh fikir-fikirkan juga mencari yang lebih muda 5 tahun dari kita. Hihihihi senang dan lapang hati si isteri-isteri lepas ni, kerana suami mereka bukan lagi target wanita muda. Dan kepada wanita yang kat luar sana yang berasa malu dan risau jika hendak berpasangan dengan laki yang lebih muda (jika niat baik), jangan ambil peduli suara-suara sumbang kat luar tu.. inikan kehidupan kita, kita yang mengharunginya bersama pasangan kita nanti. Bukan suara-suara sumbang tu.

Jika Siti Khadijah r.a seorang wanita yang berkerjaya, mempunyai status yang tinggi dan kaya raya, beliau memilih nabi junjungan kita iaitu nabi Muhammad s.a.w sebagai suaminya , walaupun perbezaan umur yang agak ketara. Ya lah, siapa yang tidak sudi bersuamikan lelaki seperti beliau. Memang tiada manusia sehebat atau semulia selepas nabi Muhammad s.a.w. Lebih-lebih kita ini adalah umat akhir zaman, tapi jika laki tu boleh bimbing kita ke jalan yang betul dan diredhai Allah swt dan beliau lebih muda dari kita, apa salahnya kan.

Kesimpulannya – Usia bukan penentu kebahagiaan atau kematangan seseorang itu. Tapi ianya mungkin dapat mengelakkan kita dari rasa sunyi di kala usia tua kita nanti. Dan mungkin aku patut mencari lelaki yang lebih muda untuk menemani hari tua ku nanti. Hihihihi ;p