Thursday, February 16, 2006

24 cara mudah untuk menuju BAHAGIA

24 cara mudah untuk menuju BAHAGIA..

  1. Jangan percaya semua yang kamu fikirkan
  2. Jalan ala catwalk
  3. wajah tersenyum manis
  4. Jaga waktu
  5. Buat ikatan - waktu khusyuk membuat sesuatu sehingga lupa lihat waktu berlalu
  6. Senyumlah walaupun tak rela
  7. Terapi warna
  8. Keluar dipertengahan minggu
  9. Pendekkan senarai "Kalaulah .."
  10. Katakan tidak
  11. Cat dinding
  12. Dengar muzik dalam lif
  13. Terimalah kesalahanmu
  14. Lupakan dietmu
  15. Tidak sabar menunggu waktu
  16. Jangan berdendam
  17. Kotorkan diri
  18. Bariskan stilettos kegemaranmu
  19. Wujudkan amalan
  20. Jangan mungkir janji
  21. Kacau mood tak baikmu itu
  22. Belai dirimu dengan urutan
  23. Nikmati kemuncak "O" sekarang.
  24. Belayarlah ke alam asmaramu.

Adakah dengan mengamalkan 24 tips di atas mampu membuatkan kita bahagia?? Apakah erti bahagia atau kebahagian itu? Kebahagian juga adalah subjektif.. lain orang lain pengertiannya atau lain tahap kemampuan seseorang itu untuk mencapai kebahagian. Ada orang (kanak-kanak) dapat sekotak coklat sudah cukup bahagia dan girang. Ada juga yang berasa telah bahagia jika memperolehi RM 2 juta dan ada juga yang bahagia mendapat ketenteraman jiwa.

Jadi, mari kita cuba amalkan 24 cara-cara di atas untuk mengecapi bahagia.. Sememangnya tips ini bukan lah dari sudut Islam.. Bahagia atau tidak.. mari kita lihat sama ada benar atau tidak.

Wednesday, February 15, 2006

Penghinaan Islam - kartun Rasul

Penghinaan bangsa Denmark terhadap nabi jujungan kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Isu ini masih hebat diperkatakan di seluruh dunia. Dan banyak negara Islam membangkang dan marah terhadap penghinaan yang dilemparkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab ini. Banyak berlaku rusuhan dan demonstrasi malah umat Islam juga mula memboikot barangan keluaran Denmark. Jika di lihat akan kartun yang mereka lukis itu memang sungguh biadap dan kurang ajar. Tiada langsung perasaan menghormati agama lain.

Salah satu kartun penghinaannya adalah lukisan seekor babi yang ditulis nama Muhammad sedang menulis dan memijak Al-Quran. Astagfirullah al-azim.. begitu teruk sekali nabi kita dihina... Tidak takut kah mereka akan azab yang bakal menimpa mereka?

Selain itu, aku juga ada terdengar konspirasi disebalik penyebaran kartun Rasullullah ini. Di mana, America mencari jalan untuk menyerang negara Iran. Di mana, sekarang negara2 Europe tidak memberi kerjasama atau sokongan untuk menyerang Iran. Semua ini berpunca dari Iran mahu menukar harga kawalan setong minyak dari mata wang USD ke Euro.

emmm berbaloi kah semua ini? Dulu America menyerang Iraq atas alasan Iraq ada menyimpan atau menyorokkan sumber tenaga nuklear atau atom. atau America ada agenda lain untuk menyerang Iran. Agenda untuk menghapuskan negara Islam dan orang Islam. Seperti yang kita tahu, disebalik teraju America adalah orang2 yahudi.
America Oh America...
Walaupun nabi junjungan kita dihina sebegitu... rakyat Malaysia masih lagi tidak bangun mempertahankan kesucian agama Islam. Jika dilihat di negara Islam yang lain.. mereka semua bangun memberontak malah ada juga yang memberi ganjaran emas jika dapat membunuh orang terlibat dengan kartun ini. Di Malaysia hanya diadakan demonstrasi dan perarakan membantah secara baik dan ada yang memulau barangan Denmark. Malah aku sendiri yang berada di Malaysia ini, tidak merasa langsung akan api kemarahan di atas penghinaan yang dilemparkan ini. Persoalannya mengapa? Tetapi aku cukup marah dan tersinggung akan penghinaan ini. Tapi tiada tindakan yang aku ambil. Hanya melihat dan mendengar. Di sini sudah tergambar betapa ceteknya cintaku terhadap Islam, Nabi muhammad s.a.w dan Allah swt.. dan adakah semua rakyat Malaysia yang beragama Islam begitu? siapakah aku untuk mempertikaikannya...
Dunia Oh Dunia ...