Friday, April 30, 2010

Kenapa wanita harus memilih LELAKI yang lebih MUDA ...

Dah beberapa minggu topik ni berlegar-legar dalam minda aku.. nak menaip macam tiada masa, asyik sibuk dengan kerja dan ber FB je sekarang.. hihihi.. rasa bersalah pula dah lama membiarkan blog ni bersawang.

Mungkin ramai yang rasa pelik dan tertanya-tanya kenapa aku memilih topik ini pula untuk diutarakan dalam blog Dunia Oh Dunia kali nie.

Seperti yang kita semua sedia maklum, kami sebagai kaum Hawa jika hendak memilih pasangan, ramai yang akan memilih kaum Adam mengikuti kriteria-kriteria tertentu. Contohnya, mahukan pasangan yang lebih matang, lebih berkerjaya, kaya raya, kacak, macho, tinggi, badan tegap, anak Tan Sri atau Dato’ dan sebagainya lah.. (tak larat nak taip semua dalam ni.. ialah lain orang lain citarasa dia).

Owh dan tidak lupa juga UMUR atau USIA juga dititik beratkan dalam memilih pasangan. Kalau boleh nak cari laki yang lebih tua dari usia si empunya diri, atas alasan kalau laki yang lebih tua ni, lebih matang, lebih bertanggungjawap, lebih stabil, dan lebih segala2nya la.. jika nak dibandingkan dengan laki yang lebih muda dari usia wanita tersebut. Memang tidak dinafikan ada benar disebalik kata-kata itu. (Dan aku pun kalau boleh nak lelaki yang lebih tua, lagin cun tua 5 tahun)

Jarang-jarang sekali jika kita mendengar wanita yang mengahwini lelaki yang lebih muda dari mereka (ini tidak termasuk yang suaminya hanya muda beberapa bulan dari si isteri itu atau beza hanya setahun dua sahaja). Kalau ada pun, memang sah-sah akan dipandang serong oleh masyarakat. Seperti kisah Mek Wook, nenek yang berkahwin dengan lelaki yang lebih muda dari usia dia (memang la ada sebab kenapa laki tersebut sanggup mengahwini Mek Wook; disebabkan harta nenek tu). Tetapi hakikatnya, masyarakat tetap akan memandang serong, jika laki muda berkepit dengan wanita tua yang boleh dipanggil ibu atau nenek. Kalau wanita tu seorang yang mempunyai gelaran, laki muda tu akan diberi gelaran anak ikan la pula.. hahaha mana la dapat title anak ikan tu? Kenapa tak panggil anak beruk ke? Anak beruang ke? (oppss.. terbabas pula, berbalik semula ke topik asal)

Mungkin topik saya pada kali ini akan mencetuskan havoc atau ketidakpuasan hati sesetengah golongan atau mungkin ramai juga yang tidak bersetuju. Tapi ini hanya lah pendapat saya sahaja. Saya nak mengajak kaum Hawa untuk membuka sedikit minda dan memberi peluang kepada laki yang berusia lebih muda dari mereka. Hakikatnya, tidak semua laki yang lebih muda itu, tidak matang atau kurang bertanggungjawab atau masih nak enjoy katak sahaja (ini untuk laki yang berusia 25 tahun ke bawah). Hihihi dan takkan lah laki dah berusia 33 tahun masih tak matang dan tidak bertanggungjawab jika nak dibandingkan dari laki yang berusia 21 tahun kan? (Sebenarnya ada je laki yang dah 40 tahun yang masih tak matang dan tidak bertanggungjawab, tapi tidak ramai la). Tapi cuba fikir dari sudut lain iaitu di kala hari tua kita nanti. Siapakah yang akan jaga kita bila kita dah tua? Siapa yang akan teman kita miniti hari-hari tua? Mestilah kita nak bersama dengan pasangan kita.. pasangan kita yang dah lama kita hidup bersama dan membina keluarga bersama.

Tapi sedarkah kita semua di antara lelaki dan wanita siapa yang hidup di muka bumi Allah lebih lama? Memang tidak dinafikan soal ajal ini hanya Allah sahaja yang mengetahui. Tapi hasil dari kajian di Malaysia pada tahun 2007, statistik menunjukkan jangka hayat wanita ialah 76.5 tahun, sedangkan lelaki ialah 71.7 tahun sahaja (dari laman web Department of Statistics Malaysa (DOS). Ini bermakna wanita hidup lebih lama daripada lelaki lebih kurang dalam 5 tahun gitu.

Sebab tu, kita lihat ramai wargatua atau wargamas wanita hidup berseorangan kini kerana pasangan mereka telah kembali ke rahmatullah. Sakit pening dia, mungkin ada anak-anak atau cucu beliau yang boleh tengokkan dan jaga, tapi tempat untuk dia meluahkan perasaan, bermanja, ingin dibelai dan disayangi oleh suaminya ??? dan itu tidak dapat ditukarganti dan tidak sama.

Mungkin lepas ni jika ada sesiapa yang masih single nak cari pasangan laki yang lebih tua 5 tahun daripada kita (wanita), mungkin boleh fikir-fikirkan juga mencari yang lebih muda 5 tahun dari kita. Hihihihi senang dan lapang hati si isteri-isteri lepas ni, kerana suami mereka bukan lagi target wanita muda. Dan kepada wanita yang kat luar sana yang berasa malu dan risau jika hendak berpasangan dengan laki yang lebih muda (jika niat baik), jangan ambil peduli suara-suara sumbang kat luar tu.. inikan kehidupan kita, kita yang mengharunginya bersama pasangan kita nanti. Bukan suara-suara sumbang tu.

Jika Siti Khadijah r.a seorang wanita yang berkerjaya, mempunyai status yang tinggi dan kaya raya, beliau memilih nabi junjungan kita iaitu nabi Muhammad s.a.w sebagai suaminya , walaupun perbezaan umur yang agak ketara. Ya lah, siapa yang tidak sudi bersuamikan lelaki seperti beliau. Memang tiada manusia sehebat atau semulia selepas nabi Muhammad s.a.w. Lebih-lebih kita ini adalah umat akhir zaman, tapi jika laki tu boleh bimbing kita ke jalan yang betul dan diredhai Allah swt dan beliau lebih muda dari kita, apa salahnya kan.

Kesimpulannya – Usia bukan penentu kebahagiaan atau kematangan seseorang itu. Tapi ianya mungkin dapat mengelakkan kita dari rasa sunyi di kala usia tua kita nanti. Dan mungkin aku patut mencari lelaki yang lebih muda untuk menemani hari tua ku nanti. Hihihihi ;p

Sunday, September 06, 2009

Jiwang

Khatimah Cinta - 6ixth Sense

Bintang Malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi

Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku

Peluk tubuhku
Kucup bibirku
Relakan saja aku pergi...

Monday, July 27, 2009

Teman Pasangan ke Pejabat Pada Hujung Minggu

Semalam aku nampak kawan lama aku ada dalam senarai list YM aku, sebab dah lama tak chat dengan dia.. aku pun pi la PM dia untuk bertanyakan khabar dan apa cerita terbaru. Tengok status dia, aku tau dia ada kat ofis sibuk menyiapkan kerja walaupun pada hari Ahad. Dia bekerja sebagai animator, so tu adalah perkara biasa bagi animator berkampung di pejabat.

Alhamdulillah dia sihat dan keluarga baru dia pun dalam keadaan yang sihat. Anak dia dah setahun lebih. Citer punya citer... rupa-rupanya bini dan anak dia pun ada kat pejabat teman dia buat kerja. Aku sebenarnya rasa kagum pada bini dia yang sungguh rajin, sabar dan sanggup menemani si suami ke pejabat. Kalau kerja dengan syarikat production or animasi ni.. ada la satu perkara biasa jika berkampung di pejabat sampai berhari-hari.

Ikhlas, aku kagum akan kesanggupan si isteri yang menemani suami ke pejabat. Bukan apa, kadang-kadang sampai berjam-jam di pejabat... letih dan penat oooo. So, aku cakap la dengan kawan aku tu..

"Kalau aku, mesti tak nak teman suami aku ke pejabat (jika dia tu animator)... baik aku duk umah je... banyak lagi benda aku leh buat"

Dan kemudian kawan aku reply balik apa yang aku cakap.. dan kata-kata dia begitu menyakitkan hati aku...

"Tu sebab ko malas dan suka menggemukkan diri" <-- teruk sangat kah aku??

Serious aku rasa kata-kata tu sangat melampau dan tiada lapik langsung.. aku kenal kawan aku ni dah lama.. tapi aku tak tau apa salah aku.. sampai dia cakap begitu.. kalau nak bergurau pun.. jangan la kasar atau kurang ajar. Tau la bini dia bagus dan baik sbb sanggup temankan dia.

Salah ke kalau aku sebagai isteri tak nak menemani suami aku ke pejabat dia untuk dia siapkan kerja dan berkampung sekali di pejabat dia?? Sebab aku memang sedia maklum kerjaya seperti kawan aku ni.. janganlah nak siapkan kerja tu ambil masa 2 -3 jam sahaja.. kadang-kadang boleh mengambil masa begitu lama 4 -5++ jam..

Kalau lah begitu lama masa yang bakal aku habiskan di pejabat suami aku, baik aku duduk rumah dan buat apa yang patut... selain dari makan tidur (seperti yang dikatakan oleh kawan aku) Sebagai isteri aku percaya banyak kerja rumah yang perlu disiapkan.. seperti mengemas rumah, baju kotor yang perlu dibasuh, baju bersih yang perlu dilipat dan disterika, masak, anak-anak dsbgnya..

Sekarang ni ramai wanita yang bekerjaya.. tapi aku memang sangat kagum dan ingin tahu macam mana mereka masih boleh menjaga rumahtangga mereka dengan baik.. tak kira lah dari segi rumah yang bersih dan kemas, layanan kepada suami dan anak-anak.

Jadi aku masih tertanya-tanya.. salah ke kalu tak nak temankan suami aku ke pejabat? Kalau aku, ni mesti peluang aku untuk membuat kerja rumah dihujung minggu, atau ke rumah parents aku atau jumpa kawan-kawan aku (yg mana aku tau lepas kahwin, memang jarang sangat akan jumpa kawan-kawan sebabnya lepas tu nak ke mana-mana memang bersama pasangan kita dan anak-anak)

Kalau aku ditempat kawan aku tu.. eemm mungkin aku tak prefer nak bawa pasangan aku dan anak ke pejabat jika aku tahu kerja aku mengambil masa 2 ++ jam untuk siapkan kerja aku. Sebabnya, aku akan rasa terganggu dan rimas tengok muka mereka yang kebosanan dan keletihan menunggu aku. Ya la, aku sibuk di masa yang sama aku akan rasa tak selesa sebab risau jika mereka rasa tak selesa menunggu aku. Tu belum lagi jika tetiba mereka berasa lapar.. Dan itu membuat aku kerja dalam rasa stress nak siapkan kerja dengan cepat demi mereka (atau itu adalah dorongan untuk aku cepat siapkan lagi kerja aku?)

Tapi aku tak kisah jika aku bawa mereka ke pejabat pada hujung minggu jika kerja aku tu boleh selesai dalam 1 jam.. sebab lepas tu boleh kami keluar bersama-sama membuat aktiviti bersama atau pasangan aku turut dapat membantu aku mempercepatkan kerja aku atau dia pun ada kerja dia yang perlu dia siapkan..

Senang cerita... aku kalu buat kerja tak suka terganggu oleh faktor luar.. bukan apa.. aku cakap berpandukan pengalaman aku.. seriously aku dah pernah merasa teman ibu atau ayah aku pergi ke pejabat.. mula-mula memang teruja dan seronok.. tapi bila dah sampai satu tahap, aku akan mula merenget nak balik sebab penat dan bosan (itu sebagai anak).. sebagai pasangan (aku tak pernah lalui lagi).. tapi aku pernah minta kawan atau bf aku temankan aku buat kerja.. memang aku rasa terganggu bila lihat muka mereka yang penat dan bosan.. sebab aku akan rasa bersalah membuat mereka tertunggu aku.. bila lah aku nak abis kerja aku..

Jadi pada pendapat korang... kalau korang sebagai pasangan.. korang sanggup ke teman pasangan ke pejabat dan abiskan masa di sana asalkan dapat bersama pasangan korang atau sebaliknya berada di rumah menyiapkan atau buat apa yang patut di rumah. Selain dari tu, korang suka pasangan teman korang di pejabat pada hujung minggu atau biarlah korang bersendirian di pejabat dan menyiapkan kerja korang.

Bagi pendapat aku.. emm aku mungkin boleh teman suami aku sekali sekala la ke pejabat dia jika kerja-kerja di rumah dah selesai.. dan yang pastinya aku pasti membawa bahan bacaan untuk dibaca ketika di sana nanti. Dan aku mungkin akan bawa pasangan atau anak ke pejabat pada hujung minggu jika aku tahu kerja aku tu tak mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

korang pula??


Wednesday, April 15, 2009

"Masalahnya..."

Kebelakangan ni, aku memang sangat berbulu dengan ayah aku yang merangkap bos aku juga.. Rasa macam nak sekeh je pun ada.. dan aku memang sangat2 dah tak boleh tahan sabar dan mudah naik angin dengan dia...

Apa yang aku nak ngomel pada hari ni adalah sikap bos yang kebanyakannya suka mengarah dan hanya mahukan dan tahu akhirnya dia dapat “end product” yang bagus..

Korang yang makan gaji mesti pernah alami, di mana bos korang tau nak mengarah buat tu dan buat ni, pastu semuanya penting dan urgent… Semuanya nak sekarang!!! NOW!! Apa jua kerja yang sedang kita buat perlu berhenti dan buat kerja yang dia baru bagi.. (macamla kita ni takde kerja lain nak buat)

Lepas tu, bos-bos ni memang tak nak kita sebut “Masalahnya…. (menyatakan masalah2 yang mungkin bakal kita alami atau apa masalah yang sedang dialami)” To them there is no such of problem.. atas alasan once kita fikir masalah, sampai sudah asyik bermasalah sahaja.. (positive thinker). Memang aku tak nafikan ada benar disebalik kenyataan tersebut.

Tapi, adakah bos kita sudi terlebih dahulu mendengar apa “Masalahnya tu??” Bagi mereka memang la tiada masalah… sebab mereka hanya tahu bagi arahan.. dan yang bagai nak gila buat dan berhempas pulas siapkan kerja tersebut adalah kita juga (pekerja).. Bos cuma tahu benda tu siap, tak kira lah apa jua cara yang kita buat.. janji siap dan bagus. Sebab tu bagi mereka tiada masalah.. sebab bukan mereka yang berdepan dengan masalah tu.

Ya, sebagai pekerja adalah amat sukar untuk kita cakap “tak boleh la bos sebabnya …” atau “Masalahnya saya ada kerja lain yang penting” atau “Masalahnya saya dah mohon cuti dan cuti saya telah diluluskan” atau “Masalahnya …” kerana kita sedar di mana kedudukan kita jika nak dibandingkan dengan bos kita tu.

Tapi bila ayah aku sendiri cakap macam tu kepada aku, aku rasa sangat geram, sakit hati dan meluat.. Ikhlas aku memang berani menjawab dan melawan (sebab dia ada ikatan famili dengan aku), sebab aku tak pandang dia sebagai bos, tp di masa yang sama juga aku cuba hormat dia. Tapi ada batas la bagi aku. Cuba dengar dulu masalah apa yang aku nak sampaikan. Dari situ kita cuba selesaikan masalah2 yang ada atau bakal timbul. Kadang-kadang memang alasan yang diberikan oleh staff tu tak masuk dek akal atau bukan masalah sangat. Tapi adakalanya juga, ada betul apa yang dikatakan oleh staff.

Jangan ingat kita bos, apa kita cakap semuanya betul atau benar. Tak semua perkara kita tahu.. adakalanya pekerja kita lebih mengetahui kerana mereka sudah biasa berhadapan dengan masalah-masalah ni. Bukan apa, aku dah banyak kali berdepan dengan perkara-perkara macam ni, bila kita nyatakan apa masalahnya.. masalah tersebut telah diabaikan atas alasan ianya tidak penting. Dan cuba teka, bila masalah timbul di akhirnya, siapa yang menyelesaikan masalah tu? Yang pastinya bukan BOS ler, tapi kita juga… Bos hanya tahu marah dan kata orang lain bodoh atau tak reti buat kerja. Hakikatnya, dia yang terlalu ego tak nak dengar dulu apa orang lain nak katakan.

Hehe sebenarnya aku sedang melepaskan geram dalam blog ni, dengan harapan bila aku baca balik artikel ni, aku tak nak jadi bos yang tak nak dengar langsung apa pekerja cakap dan menyusahkan orang lain.

Dan kepada mereka yang suka cakap atau bagi alasan ”Masalahnya..” memang benda ni kurang bagus, kerana ia membuat kita terikat kepada masalah tersebut dan menyekat pemikiran kita untuk fikir di luar kotak (out of box). Tapi jika ambil dari sudut positif, mungkin masalah takkan timbul sama sekali atau dikurangkan masalah yang bakal timbul jika kita mengambil kira ”masalahnya..” dan atas cuba atasi masalah tersebut dengan cara penyelesaian yang terbaik. Tapi dengan satu syarat, jangan memandang terlalu berat akan masalah yang belum pasti atau bakal timbal. Dalam erti kata lain, bagus menyediakan payung sebelum hujan.

Notes: Kenapa aku bengang.. sebab bulan ni aku memang tersangat sibuk dan aktiviti aku dah dipenuhi.. mana taknya, bulan ni ada 4 aktiviti program yang aku perlu uruskan dan pastikan berjalan dengan lancar. Di masa yang sama dan seperti biasa, ayah aku ada kerja yang penting yang kalu boleh nak aku juga yang buat (dia memang takkan buat) untuk aku buat data entry profiling test dan hasilkan resultnya.. haha the best part profiling test ni yang lama punya, so dalam profiling test tu ada lebih kurang 100 soalan dan ada 90 peserta. Bayangkan dulu, 20 peserta mengambil masa sehari untuk aku buat data entry (Kira paling laju). Dan data entry ni xle buat sekali je. Sekurang2nya kena ada 2 data supaya boleh compare takut ada human error masa key in data. Lepas tu nak generate result pun bukan senang. Nak kena kaji dulu manual skor. Pastu buat formula syntax guna SPSS yang mana aku bukan pakar. Dan ayah aku nak dalam masa seminggu. Dan minggu ni aku sibuk uruskan material untuk 2 program yang stiap satunya berlangsung selama 5 hari. Jadi mana mungkin aku mampu buat. Itulah masalahnya.. Ayah aku cakap senang la, bukan dia yang buat data entry dan pening2 kepala.. eee seriously aku rasa nak picit2 je ayah aku tu… aku memang dah hilang sabar dengan dia, malah PA dia juga dah naik angin.



Wednesday, April 08, 2009

Rege

Harga ayam naik 45 sen sekilo

KUALA LUMPUR: Harga ayam hidup naik daripada RM3.30 sekilogram kepada RM3.70 sekilogram, harga borong ayam hidup naik daripada RM4 sekilogram kepada RM4.40 sekilogram.

Harga runcit ayam hidup naik daripada RM4.70 sekilogram kepada RM5.10 sekilogram.

Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia dalam kenyataan hari ini, berkata harga borong ayam bersih naik kepada RM5.20 daripada RM4.70 sekilogram.

Harga runcit ayam bersih (standard) dengan kaki, kepala, hati dan hempedal naik kepada RM6 sekilogram daripada RM5.55 sekilogram.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Sangat2 tak larat aku nk baca sampai habis..Harga ayam naik.Harga minyak pon dengar2 cite nak naik.Harga tu pon naik.yang ni naik..Darah aku je tunggu masa nk naik.Marah nih!!

"Kalau darah aku naik,aku yang mati.Kalau aku naik darah,orang lain yang mati" -

Hahaha..teringat lak dialog ni dalam cite yang aku pnah tengok..

Empat tahun lepas sewaktu aku mula mula sampai ke Batu Pahat,aku mendapati bahawa disini mempunyai taraf hidup yang sangat2 rendah.Disebalik kawasan Parit raja yang kian membangun,namun dapat diperhatikan bahawa Kos sara Hidup di sini sangat2 rendah.Rm 5 itu masih releven untuk cover makan tegahari dan mkn malam aku kt sini.Alhamdulillah..

Tapi empat tahun lepas itu sudah berlalu.Tahun ini menyaksikan bahawa terdapat perubahan drastik dari segi Kos Sara Hidup.Aku terfikir bagaimana orang2 setempat mahu menyara hidup mereka di dalam keadaan sekarang yang sentiasa menggunakan duit dalam setiap keadaan.
RM 5 hanya mampu untuk cover makan pagi sahaja..[Nasib baik aku xsuka breakfast]

Kesian kt diorg..Kesian kt aku gak....

Thursday, March 19, 2009

O.K.U ??? eh? cam best je?

Bermaksud Orang Kurang Upaya. Sinonim dengan perkataan 'cacat'. Tak kire la ape dari ape segi pun, mereka adalah manusia yg tidak sempurna sifat fizikalnya. Ye ke? heheh.. Aku terasa nak bercerita sedikit tetang kumpulan majoriti kat dalam kelompok manusia.

Dunia oh dunia.. masih ada yg sayang.. sayang la sangat.. hehe.. ^_^

Kesan dari pelbagai aspek kemajuan dan tamadun, selain dari cacat semulajadi memang ramai yg cacat hasil dari teknologi dunia. Contohnye mcm eksiden. tak kire la kemalangan kenderaan, kemalangan mesin2 di tempat kerja dan macam2 la lagi. hehe penerangan yang mantap. Jadi aku bukan nak cerita lebih2 pasal Orang Kurang Upaya ni. tapi aku sebenarnya nak cerita tentang Orang Kurang Usaha ( O.K.U ) huhu..

Sejak tahun 2002, bapak aku dah memegang title Orang Kurang Upaya. sebab kemalangan, hasilnya die dah jadi "tempang" seumur hidup. Jiran aku si "tangan" pun dah pegang tilte yang same sebab die eksiden jgk. Lumpuh sebelah tangan. Sejak kes2 ni berlaku, baru aku perasan dalam penempatan aku mmg ramai yang O.K.U. huhu jadi.. Mari lah menyelami sedikit sebanyak pahit manis golongan yang masih ada yang sayang... hehe..

Bagi aku yang dah biasa dengan golongan ni, jadi aku mewujudkan 2 jenis pandangan untuk mereka. Pertama, mereka2 ni adalah manusia biasa macam kite jgk. Takde beza pun. Kedua, pandangan belas kasihan dan simpati. Yelah, mana tak nye. Kesian tgk dorang tu, income dah tak mcm kite orang biasa. Klau ade yg berniaga atau yg bekerja pun kite tgk macam tak sempurna jek. Ade yang jalan terhencut-hencut. Ade yg bwat keje sebelah tangan. hehe koz tangan sebelah lagi dah takde. ngee... huhu tapi ni lah yang di namakan warna kehidupan. Yang kadang kala kita lupa masih ada yang memerlukan.. dari segi bantuan dan apa sahaja..

Bagi Orang Kurang Usaha. ha? masa cam ni la nak jadi kan panduan dan pedoman lepas kite tengok kesusahan orang lain. Tapi boleh ke? bukan mudah? setiap orang masing2 punya halangan dalam hidup, tak kira la yang cacat, yang normal, yang kaya, atau yang miskin. Ni semua adalah sebahagian dari "Takdir" yang sudah dalam ketentuan. Ade yang masih menyalahkan takdir.. walau tak tahu apa yang di maksud kan dengan takdir itu dan sistem ketentuan nya.. Pernah seorang kawan yang cacat kedua belah kaki bertanya.. "kadang2 aku pk kenapa la aku jadi cam ni.. nak ngorat awek pun susah" huhu.. adeh.. tersentak jugak aku dengar. tapi aku cume boleh menjawab.. "ketentuan allah.. dia tidak akan melakukan sesuatu yang sia2 menguji manusia melainkan suatu sebab.. iaitu untuk dekat kan diri kamu kepadanya.." huhu.. jangan cakap orang yg xde kaki jek, aku yang berkaki dua ni pun rase cam cacat je tuk mengejar erti kehidupan.. tp persoalan nye? perlu ke kaki untuk mencari kehidupan? dan perlu ke tangan untuk mencapai kejayaan?

So.. Selamat datang ke dunia.. tempat anda mengenal diri! yeah!!

Tuesday, March 17, 2009

Cantik vs Huduh

Korang suka tengok citer Ugly Betty tak? Emm aku suka tengok citer tu.. Tak tau kenapa, aku suka tengok citer tu.. Bagi aku jalan citer dia menarik.. jalan citer Ugly Betty ni tak sama sangat dengan citer Yo Soy Betty La Fea (original citer Betty yang tak comel)

Meh aku citer secara ringkas citer Ugly Betty ni.. hehe mana la tau, ada orang tak tau citer ni pasal apa..

Ia mengisahkan seorang wanita yang tidak cantik (gempal,pendek, pakai braces, specky yg tebal, rambut huru hara n out of fashion punya dressing) yang bernama Betty Suarez dan dia bekerja sebagai pembantu kepada Daniel Meade di syarikat majalah Fashion "Mode".. Oleh kerana Betty ni bukan la menarik n glamour, so selalu dia ditindas dan dipandang rendah oleh pekerja di sana atau model2. Betty selalu dibuli, diejek dan ditindas oleh Amanda dan Marc... Walaupun Betty sentiasa dibuli tapi beliau tetap tidak berputus asa dan rajin berusaha..

Ok berbalik semula tujuan aku untuk menulis dalam blog nie, mesti korang tertanya2 kenapa aku mengenengahkan pasal Ugly Betty.. hehe sebab aku baru lepas tengok citer Ugly Betty malam ni.. dan ada satu karektor yang bernama Kimmie (dilakonkan oleh Lindsay Lohan) telah membuat aku sungguh berbulu dengan dia.. hahaha (ter emo la pula).. ok ok berbalik pada tujuan asal...

Kalau korang tengok citer ni, mesti korang akan perasan.. bagaimana layanan buruk yang diterima oleh Betty.. just kerana dia tak cantik, tak ayu, badan tak macam model dan outdated fashion.. dia diperlakukan sedemikian rupa.. Well, to tell the truth.. it is true.. this situation always happen around us.. Perempuan yang cantik selalu dapat layanan istimewa.. lelaki yang kacak selalu dapat layanan special.. jika nak dibandingkan dengan perempuan yang kurang cantik.. rasa tak adil kan? kenapa mesti double standard?

Tapi itulah hakikatnya dalam dunia nie, yang cantik or seksi dapat layanan yang bagus.. dan mereka la yang selalunya mencuri perhatian dan glamour.. haha okla, it sound so obvious.. ada sedikit unsur cemburu.. sebab ketika aku menulis post ni, aku berada di pihak yang kurang cantik, kurang glamour.. tapi bagi aku masih tidak adil... kenapa mereka selalu dapat special treatment?

Kenapa kalau perempuan cantik senyum kepada seorang laki, membuatkan laki tu rasa kembang semangkuk dan bangga.. sedangkan kalau perempuan kurang cantik senyum pada laki tersebut.. laki itu mungkin takkan sedar pun itu adalah sebuah senyuman.. atau laki tu ingat perempuan tu ada hati nak ngurat dia?

Atau dalam kes lain, kenapa bila laki hensem minta tolong dari seorang perempuan.. laju je perempuan tu tolong dia.. jika nak dibandingkan dengan dengan laki tak kacak minta tolong.. rasanya macam tak dilayan atau berzaman baru dapat apa yang diminta tolongkan.. hehehe

Kenapa perkara sebegini berlaku?? Kenapa orang cantik dapat layanan istimewa.. okla, bukan orang yang cantik je.. malah org yang kaya pun selalu dapat layanan istimewa atau orang berpangkat.. rasa sungguh tidak adil kan? Okla, tak payah fikir untuk bagi contoh yang susah2.. cukup la masa kita sekolah dulu.. siapa orang yang selalu kita ejek? Mesti orang tu yang lemah dari kita.. PASTI bukan? jangan la korang nak nafikan.. hehe sebab mana ada kita ejek macam ni " wei.. ko ni cantik la..." tapi kita mesti ejek "wei.. ko ni buruk la.. dah la gemuk.. gigi hitam" haha betul tak?

Memang di masa yang sama aku tak nafikan, bukan semua orang yg kurang cantik ni dapat layanan buruk.. tapi adakah korang boleh nafikan orang yang cantik ni dapat layanan istimewa?

Masih nak nafikan?? ok ok.. aku bagi satu soalan yang mudah je.. bayangkan dua orang wanita atau laki yang korang tak kenali.. usia mereka sebaya, kedua2 nya berpakaian kemas, tak mencurigakan (nampak baik) dalam erti kata lain.. sama je mereka tu.. bezanya.. seorang cantik/kacak dan seorang tak cantik/kacak.. datang minta tolong kat korang di masa yang sama.. siapa yang korang akan cuba bantu dahulu? hehehe mesti yang cantik/kacak kan?

Hahaha ke ada juga yang nak jawap akan tolong yang tak cantik?? Kalau ya.. cuba ngaku sikit?? Aku nak tau siapa.. hehe ye la, nampak perempuan cantik/laki kacak senyum arah kita pun dah buat kita cair.. ni kan pula bila mereka minta tolong?

Jadi korang rasa kenapa perkara ni berlaku? Bagi korang yang cantik/kacak tu.. mungkin korang rasa bonus atau nasib baik atau rezeki korang dapat layanan istimewa.. tapi bagi mereka yang tidak dapat layanan istimewa ni? mesti pendam rasa je kan dan makan hati sorang2..

Dunia oh Dunia..

Untuk soalan yang aku tanya tadi... ikhlas, aku akan jawap.. sudah PASTI aku akan bantu laki yang kacak tu dulu.. hehe kerana dengan harapan laki tu akan senyum dan berterima kasih dengan aku.. dan jika nasib aku baik.. laki tu akan suka aku.. hahahaha what a hypocrite and unfair life ... is that make me hypocrite? NO, but that is life and reality of life..

Kepada mereka yang berasa kurang cantik tu.. jangan la korang terus rasa rendah diri.. Allah dah jadikan setiap manusia tu cantik/kacak.. tapi itu la... kadang2 kita terlalu buta dan bodoh untuk menilai ciptaan Allah swt.