Wednesday, February 15, 2006

Penghinaan Islam - kartun Rasul

Penghinaan bangsa Denmark terhadap nabi jujungan kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Isu ini masih hebat diperkatakan di seluruh dunia. Dan banyak negara Islam membangkang dan marah terhadap penghinaan yang dilemparkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab ini. Banyak berlaku rusuhan dan demonstrasi malah umat Islam juga mula memboikot barangan keluaran Denmark. Jika di lihat akan kartun yang mereka lukis itu memang sungguh biadap dan kurang ajar. Tiada langsung perasaan menghormati agama lain.

Salah satu kartun penghinaannya adalah lukisan seekor babi yang ditulis nama Muhammad sedang menulis dan memijak Al-Quran. Astagfirullah al-azim.. begitu teruk sekali nabi kita dihina... Tidak takut kah mereka akan azab yang bakal menimpa mereka?

Selain itu, aku juga ada terdengar konspirasi disebalik penyebaran kartun Rasullullah ini. Di mana, America mencari jalan untuk menyerang negara Iran. Di mana, sekarang negara2 Europe tidak memberi kerjasama atau sokongan untuk menyerang Iran. Semua ini berpunca dari Iran mahu menukar harga kawalan setong minyak dari mata wang USD ke Euro.

emmm berbaloi kah semua ini? Dulu America menyerang Iraq atas alasan Iraq ada menyimpan atau menyorokkan sumber tenaga nuklear atau atom. atau America ada agenda lain untuk menyerang Iran. Agenda untuk menghapuskan negara Islam dan orang Islam. Seperti yang kita tahu, disebalik teraju America adalah orang2 yahudi.
America Oh America...
Walaupun nabi junjungan kita dihina sebegitu... rakyat Malaysia masih lagi tidak bangun mempertahankan kesucian agama Islam. Jika dilihat di negara Islam yang lain.. mereka semua bangun memberontak malah ada juga yang memberi ganjaran emas jika dapat membunuh orang terlibat dengan kartun ini. Di Malaysia hanya diadakan demonstrasi dan perarakan membantah secara baik dan ada yang memulau barangan Denmark. Malah aku sendiri yang berada di Malaysia ini, tidak merasa langsung akan api kemarahan di atas penghinaan yang dilemparkan ini. Persoalannya mengapa? Tetapi aku cukup marah dan tersinggung akan penghinaan ini. Tapi tiada tindakan yang aku ambil. Hanya melihat dan mendengar. Di sini sudah tergambar betapa ceteknya cintaku terhadap Islam, Nabi muhammad s.a.w dan Allah swt.. dan adakah semua rakyat Malaysia yang beragama Islam begitu? siapakah aku untuk mempertikaikannya...
Dunia Oh Dunia ...

1 comment:

ezrynn ismail said...

hi aurora (uihss berbelit gak lidah nak sebut nama u nih..hehe)

aikss...baru ada satu entry ke? takpe2..i pon baru jek dlm alam berblog ni...tak reti pun nak letak benda2 canggih kat my blog tuh, pakai yg default jek...btw nak link kan? eh boleh...apasalah nyerr...okeh...byeee...