Wednesday, February 18, 2009

Bahasa Itu Bunga Kebangsaan

Arini da masuk bulan Februari..menandakan da masuk 5 tahun semenjak aku menyertai Program Latihan Khidmat Negara...Mula-mula,memang aku xnk join pn..sebab masa tu aku tgh keje part time kt stesen minyak[ Jd attendan pam]..

Masa aku kt sana,aku banyak terdedah dgn dunia luar.Bagi aku,semua yang aku dapat tu adalah pengalaman yang bukan semua orang leh dapat..

Apa yang aku dapat?
aku dapat kenal dunia laa..Hehe..aku kenal apa tu lawan,apa tu kawan,apa tu etnik,apa tu friendship, dan macam2 lagi yang aku dapat..

Hari pertama aku sampai kat sana,aku ditempatkan dalam kumpulan N dan khemah N1..
Orang pertama yang menyambut aku adalah seorang budak India.Nama die Kesavan..
Then, stat dari hari tu,kitorg jd member baik..Walaupun bahasa melayu die kurang fasih,tapi aku still faham each time die buat klaka..
Hari kedua kt situ,peserta dari Borneo pn sampai..Ade sorg chinese guys yang pada aku sangat2 pendiam..Nama die Roger..

Walaupn die pendiam,tp ade sumthing yang pada aku kitorg leh jd kawan..Then, aku ngn die jd kawan rapat..
So,kesimpulan yang aku dapat,Kesavan dan Roger adalah sahabat pertama dan kedua time aku join PKN..

Apa persamaan Kesavan dgn Roger?

Dua org sahabat aku ni bkn org Melayu. .Tapi diorg blh ckp bahasa Melayu..
So,ape yang pelik dgn org non-Malay boleh ckp BM?
Memang xpelik pun.. Itu menandakan diorg menghormati Bahasa Kebangsaan..
Jadi,ape kaitan lak dengan topik ni?
_____________________________________________________________________


Lebih kurang sebulan sebelum aku menamatkan PKN, ketika aku dan Roger naik bas menghala
ke UPM,aku duduk sebelah sorg dak Chinese..Die dari sesi kedua..Aku pn try la menunjukkan keramahan aku..Borak2 dgn die..
Apa yang mengejutkan aku,dak Chinese tu ckp..

"Sorry, tak pandai ckp Melayu"

Ufff....Terkejut gak dgn pernyataan mamat tu.Tak sangka yang xsemua orang boleh ckp Bahasa Melayu..

Memang agak pelik jika seseorang yang memiliki kerakyatan Malaysia tetapi tak dapat bertutur dalam bahasa Melayu..Bukankah sudah jd satu kemestian bagi rakyat Malaysia untuk bertutur dlm Bahasa kebangsaan?

Kadang- kadang aku terfikir,kenapa mamat tu tak boleh ckp Melayu? Ada lagi ke org yang macam tu kt Malaysia ni? Dan aku boleh kata yang sesetengah orang melayu sendiri tak boleh menggunakan bahasa kebangsaan dgn betul.Aku pernah jmpe satu mix-Family yang anak mereka tak boleh bertutur dalam bahasa melayu..

Mungkinkah bagi mereka yang mempunyai kerakyatan Malaysia ini merasakan yang Bahasa Kebangsaan ini sudah tak relevan?Adakah mereka berfikir yang bahasa Melayu ini low standard?

Bahasa itu jiwa kebangsaan.Bahasa itu bunga perpaduan.Bahasa itu jambatan persaudaraan. Bahasa itu bukan milik sesetengah bangsa sahaja.Jadi,perkara seperti ini dilihat semacam sinikal bagi sesetengah pihak macam aku sendiri..

Mungkin bagi sesetengah pihak yang lain,perkara ini seperti kes-kes terpencil.Tapi tidak bagi sesetengah pihak yang lagi satu. Dimana letaknya kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk berbahasa Melayu? Bahasa Melayu bukan sekadar mengagung- agungkan orang Melayu sebagai pemunya total.Tetapi bahasa Melayu adalah sebagai diplomat yang meghubungkan jiwa-jiwa pelbagai bangsa..


1 comment:

Aurora said...

eemmm.. x berani nak komen lebih2.. tp mgkn bahasa melayu ni bukan bahasa international.. jd mereka rasa bahasa melayu tu x penting dlm kehidupan mereka..