Wednesday, April 08, 2009

Rege

Harga ayam naik 45 sen sekilo

KUALA LUMPUR: Harga ayam hidup naik daripada RM3.30 sekilogram kepada RM3.70 sekilogram, harga borong ayam hidup naik daripada RM4 sekilogram kepada RM4.40 sekilogram.

Harga runcit ayam hidup naik daripada RM4.70 sekilogram kepada RM5.10 sekilogram.

Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia dalam kenyataan hari ini, berkata harga borong ayam bersih naik kepada RM5.20 daripada RM4.70 sekilogram.

Harga runcit ayam bersih (standard) dengan kaki, kepala, hati dan hempedal naik kepada RM6 sekilogram daripada RM5.55 sekilogram.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Sangat2 tak larat aku nk baca sampai habis..Harga ayam naik.Harga minyak pon dengar2 cite nak naik.Harga tu pon naik.yang ni naik..Darah aku je tunggu masa nk naik.Marah nih!!

"Kalau darah aku naik,aku yang mati.Kalau aku naik darah,orang lain yang mati" -

Hahaha..teringat lak dialog ni dalam cite yang aku pnah tengok..

Empat tahun lepas sewaktu aku mula mula sampai ke Batu Pahat,aku mendapati bahawa disini mempunyai taraf hidup yang sangat2 rendah.Disebalik kawasan Parit raja yang kian membangun,namun dapat diperhatikan bahawa Kos sara Hidup di sini sangat2 rendah.Rm 5 itu masih releven untuk cover makan tegahari dan mkn malam aku kt sini.Alhamdulillah..

Tapi empat tahun lepas itu sudah berlalu.Tahun ini menyaksikan bahawa terdapat perubahan drastik dari segi Kos Sara Hidup.Aku terfikir bagaimana orang2 setempat mahu menyara hidup mereka di dalam keadaan sekarang yang sentiasa menggunakan duit dalam setiap keadaan.
RM 5 hanya mampu untuk cover makan pagi sahaja..[Nasib baik aku xsuka breakfast]

Kesian kt diorg..Kesian kt aku gak....

6 comments:

azman said...

nasib baik depa tak buat kategori ayam semelih cara Islam dengan tak islam...kalo tak jadi alasan nak letak haga tinggi lagi

sKywAlkeR said...

haha..btol gak tu..kalo diorg kategori ayam cucuk ngn ayam organik,lg laa byk pilihan...

Ayam..bermacam ayam...lalalala

Aurora said...

Hehehe.. ni la dia.. cara nak buat duit ekspress.. yang kaya bukan penternak ayam tu.. tp org tengah juga yg kaya.. ish ish kesian..

at least ok la juga ko duk kat BP tu, aku ni yg duk dkt metropolitan?? ish ish lagi besttttt duit keluar

kazasozei said...

haa harga ayam naik ker? haha tol pn dia org tengah bincang nk naik... yg turun hanya ler air hujan yg membasahi aku semasa atas jalan raya... wahaha...

ok ler tu... yg kaya makin kaya n yg miskin makin miskin (ekonomi kapitalis)... jadi ler mcm negara jiran kita (oh tidak)...

naik ler klw nk naik pn, nk buat macam maner dah kita ni pengguna n ayam tu dah mcm barang keperluan... ha harga paper metro pn naik dr rm1.20 ke rm1.50

waaa bertambah ler puasa aku dlm 1 minggu...

cam ner nak kurangkan tabiat merokok aku ni... huhu dlm minggu ni cam lagi teruk jer aku isap... tension n bertambah serabut kepala otak aku ni dgn keadaan itu naik ini naik...

Aurora said...

hohoho nak berhenti merokok senang je.. ko tgk la "kaki" kat kotak rokok ko.. mesti ko x selera.. hehe

sKywAlkeR said...

Kalo yg tegar,letak la kaki ke kepala ke tangan ke,xde efek pon..hehe..tp kalo xnk tgk gamba2 cmtu,kite sapot rokok seludup..haha