Monday, July 27, 2009

Teman Pasangan ke Pejabat Pada Hujung Minggu

Semalam aku nampak kawan lama aku ada dalam senarai list YM aku, sebab dah lama tak chat dengan dia.. aku pun pi la PM dia untuk bertanyakan khabar dan apa cerita terbaru. Tengok status dia, aku tau dia ada kat ofis sibuk menyiapkan kerja walaupun pada hari Ahad. Dia bekerja sebagai animator, so tu adalah perkara biasa bagi animator berkampung di pejabat.

Alhamdulillah dia sihat dan keluarga baru dia pun dalam keadaan yang sihat. Anak dia dah setahun lebih. Citer punya citer... rupa-rupanya bini dan anak dia pun ada kat pejabat teman dia buat kerja. Aku sebenarnya rasa kagum pada bini dia yang sungguh rajin, sabar dan sanggup menemani si suami ke pejabat. Kalau kerja dengan syarikat production or animasi ni.. ada la satu perkara biasa jika berkampung di pejabat sampai berhari-hari.

Ikhlas, aku kagum akan kesanggupan si isteri yang menemani suami ke pejabat. Bukan apa, kadang-kadang sampai berjam-jam di pejabat... letih dan penat oooo. So, aku cakap la dengan kawan aku tu..

"Kalau aku, mesti tak nak teman suami aku ke pejabat (jika dia tu animator)... baik aku duk umah je... banyak lagi benda aku leh buat"

Dan kemudian kawan aku reply balik apa yang aku cakap.. dan kata-kata dia begitu menyakitkan hati aku...

"Tu sebab ko malas dan suka menggemukkan diri" <-- teruk sangat kah aku??

Serious aku rasa kata-kata tu sangat melampau dan tiada lapik langsung.. aku kenal kawan aku ni dah lama.. tapi aku tak tau apa salah aku.. sampai dia cakap begitu.. kalau nak bergurau pun.. jangan la kasar atau kurang ajar. Tau la bini dia bagus dan baik sbb sanggup temankan dia.

Salah ke kalau aku sebagai isteri tak nak menemani suami aku ke pejabat dia untuk dia siapkan kerja dan berkampung sekali di pejabat dia?? Sebab aku memang sedia maklum kerjaya seperti kawan aku ni.. janganlah nak siapkan kerja tu ambil masa 2 -3 jam sahaja.. kadang-kadang boleh mengambil masa begitu lama 4 -5++ jam..

Kalau lah begitu lama masa yang bakal aku habiskan di pejabat suami aku, baik aku duduk rumah dan buat apa yang patut... selain dari makan tidur (seperti yang dikatakan oleh kawan aku) Sebagai isteri aku percaya banyak kerja rumah yang perlu disiapkan.. seperti mengemas rumah, baju kotor yang perlu dibasuh, baju bersih yang perlu dilipat dan disterika, masak, anak-anak dsbgnya..

Sekarang ni ramai wanita yang bekerjaya.. tapi aku memang sangat kagum dan ingin tahu macam mana mereka masih boleh menjaga rumahtangga mereka dengan baik.. tak kira lah dari segi rumah yang bersih dan kemas, layanan kepada suami dan anak-anak.

Jadi aku masih tertanya-tanya.. salah ke kalu tak nak temankan suami aku ke pejabat? Kalau aku, ni mesti peluang aku untuk membuat kerja rumah dihujung minggu, atau ke rumah parents aku atau jumpa kawan-kawan aku (yg mana aku tau lepas kahwin, memang jarang sangat akan jumpa kawan-kawan sebabnya lepas tu nak ke mana-mana memang bersama pasangan kita dan anak-anak)

Kalau aku ditempat kawan aku tu.. eemm mungkin aku tak prefer nak bawa pasangan aku dan anak ke pejabat jika aku tahu kerja aku mengambil masa 2 ++ jam untuk siapkan kerja aku. Sebabnya, aku akan rasa terganggu dan rimas tengok muka mereka yang kebosanan dan keletihan menunggu aku. Ya la, aku sibuk di masa yang sama aku akan rasa tak selesa sebab risau jika mereka rasa tak selesa menunggu aku. Tu belum lagi jika tetiba mereka berasa lapar.. Dan itu membuat aku kerja dalam rasa stress nak siapkan kerja dengan cepat demi mereka (atau itu adalah dorongan untuk aku cepat siapkan lagi kerja aku?)

Tapi aku tak kisah jika aku bawa mereka ke pejabat pada hujung minggu jika kerja aku tu boleh selesai dalam 1 jam.. sebab lepas tu boleh kami keluar bersama-sama membuat aktiviti bersama atau pasangan aku turut dapat membantu aku mempercepatkan kerja aku atau dia pun ada kerja dia yang perlu dia siapkan..

Senang cerita... aku kalu buat kerja tak suka terganggu oleh faktor luar.. bukan apa.. aku cakap berpandukan pengalaman aku.. seriously aku dah pernah merasa teman ibu atau ayah aku pergi ke pejabat.. mula-mula memang teruja dan seronok.. tapi bila dah sampai satu tahap, aku akan mula merenget nak balik sebab penat dan bosan (itu sebagai anak).. sebagai pasangan (aku tak pernah lalui lagi).. tapi aku pernah minta kawan atau bf aku temankan aku buat kerja.. memang aku rasa terganggu bila lihat muka mereka yang penat dan bosan.. sebab aku akan rasa bersalah membuat mereka tertunggu aku.. bila lah aku nak abis kerja aku..

Jadi pada pendapat korang... kalau korang sebagai pasangan.. korang sanggup ke teman pasangan ke pejabat dan abiskan masa di sana asalkan dapat bersama pasangan korang atau sebaliknya berada di rumah menyiapkan atau buat apa yang patut di rumah. Selain dari tu, korang suka pasangan teman korang di pejabat pada hujung minggu atau biarlah korang bersendirian di pejabat dan menyiapkan kerja korang.

Bagi pendapat aku.. emm aku mungkin boleh teman suami aku sekali sekala la ke pejabat dia jika kerja-kerja di rumah dah selesai.. dan yang pastinya aku pasti membawa bahan bacaan untuk dibaca ketika di sana nanti. Dan aku mungkin akan bawa pasangan atau anak ke pejabat pada hujung minggu jika aku tahu kerja aku tu tak mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

korang pula??


4 comments:

Anonymous said...

ni pendapat dr seorg full-housewife yg kini mempunyai 2 anak dan bakal menjadi ibu utk yg ke-3 pulak.. aku sendiri mmg x leh bwk kete.. x de lesen pun.. sbb patuh pada arahan dr hubby... sooo.. be4 hubby aku cenderung utk bekerja dlm bidang akademik ni... hubby aku bekerja sbg marketing utk salah satu syrkt telekomunikasi.. tapi contract staff je laaa... k.. bila d maklumkan contract staff.. mmg keje hubby aku..keje yg melambak2.. bulan2 mesti ada target. mana nak buat report lagi.. kami x mcm family yg lain... hari weekend leh jln kesana sini.. tapi pada ari minggu aku n anak2 akan berada d opis hubby aku dr pagi lepas breakfast hingga ke tgh mlm... betapa sanggup nyer kami anak beranak.. sbb aku nak tgk betapa payahnyer hubby aku mencari rezeki buat kami sekuarga.. mmg perit.. yelah.. bila bwk anak2 yg x reti duk diam.. kekdg tu sampaikan anak2 tertido di karpet lantai.. but luckly aku bawak siap2 lapik, mainan... senang supaya anak2 x kacau ayah dia bila buat keje.. sooo.. x salah kalau kita nak menemankan hubby d opis..

mcm my hubby bila bwk family dia rasa seronok sama.. yelah... terhad bersama dgn isteri n anak2.. sooo... angkut semua bwk ke opis... lihat cara dia bekerja..

andaikata kita mmg rimas nak duk lama2 nak temankan pasangan kita tu.,. bagi yg leh drive.. boleh laaa ke mana2... jgn lak jumpa skandal.. pi lah umah mak, ayah kalau berhampiran laaa.. bwk anak2 window sopping kaaa...

sooo.. masa itu dah terluang biar pun pasangan kita tiada masa.. kita bagilah dia ruang.. pabila pasangan kita itu perlu utk menyelesaikan kerja nyee..

Aurora said...

hehehe sbb tu aku suruh ko baca.. sbb ko lebih mengerti perasaan isteri yg suka meneman suami.. tp ye la.. ko suri rumah.. mmg xde masalah menemani suami.. sbb tu aku kagum kadang2 dgn isteri yg rela hati menemani suami di pejabat smp ke tgh mlm.

hehe pasal kawan aku yg mulut laser tu.. aku mmg dah block dia dari nampak aku on9.. sebab aku perasan sejak dia kawin ni.. dia mcm bukan yg kenal sebelum ni. Cakap benda lucah dan x tapis.. kadang2 aku pk.. mcm ada org guna id dia dan buruk2 kan dia.. ai biar la..

aku.. mgkn penat kot nak teman suami aku smp tgh malam.. sbb keje aku skrg pun dah memenatkan aku.. hehe anyway.. rajin2 la menemani suami ko di pejabat.. senang sikit nak monitor suami hehehe

az said...

aku suka topik ni. aku ada byk komen yg berlegar-legar dlm pale aku, aku dah type pastu aku mcm kehilangan words utk terus menaip maka aku delete aje apa yg aku dah type.
jom kita diskass kat YM je la.
hehe.

sKywAlkeR said...

Pendapat sy mengenai kawan kamu; die terlalu excited sbb ade org teman die kt ofis tp xtau cmne nk luahkn perasaan tu kt awk smpaikn terucap pkataan2 yg xbrp elok..

Lg satu,kalo sy berada dlm situasi lelaki tu,mgkn sy lbh prefer wife n anak2 stay kt umh.Kalo jrg2 tu,leh aa bwk g ofis.Kesian kt diorg gak.Tercangak2 xtau nk wt pape.Baik dok umh n wt keje lain.