Tuesday, March 17, 2009

Cantik vs Huduh

Korang suka tengok citer Ugly Betty tak? Emm aku suka tengok citer tu.. Tak tau kenapa, aku suka tengok citer tu.. Bagi aku jalan citer dia menarik.. jalan citer Ugly Betty ni tak sama sangat dengan citer Yo Soy Betty La Fea (original citer Betty yang tak comel)

Meh aku citer secara ringkas citer Ugly Betty ni.. hehe mana la tau, ada orang tak tau citer ni pasal apa..

Ia mengisahkan seorang wanita yang tidak cantik (gempal,pendek, pakai braces, specky yg tebal, rambut huru hara n out of fashion punya dressing) yang bernama Betty Suarez dan dia bekerja sebagai pembantu kepada Daniel Meade di syarikat majalah Fashion "Mode".. Oleh kerana Betty ni bukan la menarik n glamour, so selalu dia ditindas dan dipandang rendah oleh pekerja di sana atau model2. Betty selalu dibuli, diejek dan ditindas oleh Amanda dan Marc... Walaupun Betty sentiasa dibuli tapi beliau tetap tidak berputus asa dan rajin berusaha..

Ok berbalik semula tujuan aku untuk menulis dalam blog nie, mesti korang tertanya2 kenapa aku mengenengahkan pasal Ugly Betty.. hehe sebab aku baru lepas tengok citer Ugly Betty malam ni.. dan ada satu karektor yang bernama Kimmie (dilakonkan oleh Lindsay Lohan) telah membuat aku sungguh berbulu dengan dia.. hahaha (ter emo la pula).. ok ok berbalik pada tujuan asal...

Kalau korang tengok citer ni, mesti korang akan perasan.. bagaimana layanan buruk yang diterima oleh Betty.. just kerana dia tak cantik, tak ayu, badan tak macam model dan outdated fashion.. dia diperlakukan sedemikian rupa.. Well, to tell the truth.. it is true.. this situation always happen around us.. Perempuan yang cantik selalu dapat layanan istimewa.. lelaki yang kacak selalu dapat layanan special.. jika nak dibandingkan dengan perempuan yang kurang cantik.. rasa tak adil kan? kenapa mesti double standard?

Tapi itulah hakikatnya dalam dunia nie, yang cantik or seksi dapat layanan yang bagus.. dan mereka la yang selalunya mencuri perhatian dan glamour.. haha okla, it sound so obvious.. ada sedikit unsur cemburu.. sebab ketika aku menulis post ni, aku berada di pihak yang kurang cantik, kurang glamour.. tapi bagi aku masih tidak adil... kenapa mereka selalu dapat special treatment?

Kenapa kalau perempuan cantik senyum kepada seorang laki, membuatkan laki tu rasa kembang semangkuk dan bangga.. sedangkan kalau perempuan kurang cantik senyum pada laki tersebut.. laki itu mungkin takkan sedar pun itu adalah sebuah senyuman.. atau laki tu ingat perempuan tu ada hati nak ngurat dia?

Atau dalam kes lain, kenapa bila laki hensem minta tolong dari seorang perempuan.. laju je perempuan tu tolong dia.. jika nak dibandingkan dengan dengan laki tak kacak minta tolong.. rasanya macam tak dilayan atau berzaman baru dapat apa yang diminta tolongkan.. hehehe

Kenapa perkara sebegini berlaku?? Kenapa orang cantik dapat layanan istimewa.. okla, bukan orang yang cantik je.. malah org yang kaya pun selalu dapat layanan istimewa atau orang berpangkat.. rasa sungguh tidak adil kan? Okla, tak payah fikir untuk bagi contoh yang susah2.. cukup la masa kita sekolah dulu.. siapa orang yang selalu kita ejek? Mesti orang tu yang lemah dari kita.. PASTI bukan? jangan la korang nak nafikan.. hehe sebab mana ada kita ejek macam ni " wei.. ko ni cantik la..." tapi kita mesti ejek "wei.. ko ni buruk la.. dah la gemuk.. gigi hitam" haha betul tak?

Memang di masa yang sama aku tak nafikan, bukan semua orang yg kurang cantik ni dapat layanan buruk.. tapi adakah korang boleh nafikan orang yang cantik ni dapat layanan istimewa?

Masih nak nafikan?? ok ok.. aku bagi satu soalan yang mudah je.. bayangkan dua orang wanita atau laki yang korang tak kenali.. usia mereka sebaya, kedua2 nya berpakaian kemas, tak mencurigakan (nampak baik) dalam erti kata lain.. sama je mereka tu.. bezanya.. seorang cantik/kacak dan seorang tak cantik/kacak.. datang minta tolong kat korang di masa yang sama.. siapa yang korang akan cuba bantu dahulu? hehehe mesti yang cantik/kacak kan?

Hahaha ke ada juga yang nak jawap akan tolong yang tak cantik?? Kalau ya.. cuba ngaku sikit?? Aku nak tau siapa.. hehe ye la, nampak perempuan cantik/laki kacak senyum arah kita pun dah buat kita cair.. ni kan pula bila mereka minta tolong?

Jadi korang rasa kenapa perkara ni berlaku? Bagi korang yang cantik/kacak tu.. mungkin korang rasa bonus atau nasib baik atau rezeki korang dapat layanan istimewa.. tapi bagi mereka yang tidak dapat layanan istimewa ni? mesti pendam rasa je kan dan makan hati sorang2..

Dunia oh Dunia..

Untuk soalan yang aku tanya tadi... ikhlas, aku akan jawap.. sudah PASTI aku akan bantu laki yang kacak tu dulu.. hehe kerana dengan harapan laki tu akan senyum dan berterima kasih dengan aku.. dan jika nasib aku baik.. laki tu akan suka aku.. hahahaha what a hypocrite and unfair life ... is that make me hypocrite? NO, but that is life and reality of life..

Kepada mereka yang berasa kurang cantik tu.. jangan la korang terus rasa rendah diri.. Allah dah jadikan setiap manusia tu cantik/kacak.. tapi itu la... kadang2 kita terlalu buta dan bodoh untuk menilai ciptaan Allah swt.




7 comments:

sKywAlkeR said...

Setiap orang adalah cantik,jika kita memandang dari perspektif yang berlainan..Tp ramai yang memandang seseorang melalui satu perspektif yang sgt2 tipikal..Jujur saya ckp,saya xkn menilai melalui luaran.Saya akan menilai seseorang melalui 1st impression...:)

Aurora said...

hehehe well 1st impression selalunya adalah yang tampak cantik, baik dan bagus je..

betul x?

sKywAlkeR said...

Xbtol...1st impression saya bkn menilai dr perspektif tipikal..1st impression sy menilai jauh ke dlm manusia tu sndr..1st impression sy melihat dr perspektif yg berlainan..

:)

\^o^/

Aurora said...

such as? nak tau gak dari perspektif apa? haha

az said...

aku tak jelita, tapi aku mau jadi wanita 'cantik', bukan setakat fizikal tapi juga dari segi rohaniah, sahsiah, ilmiah.
aku mau.

kazasozei said...

em... Betty oh Betty... "boleh dikatakan hampir semua manusia sukakan tentang kecantik, kekayaan, bijak pandai dan...... itulah dikatakan hukum alam... tapi janganlah lupa tentang kecantikan ada keburukannya, kekayaan ada kemiskinannya, pandai ada kebodohannya dan......"

huhu... klw gua ler bab bantu membantu ni, gua xsuka sngat tngok paras rupa tp gua tngok luh bantuan yg dprlukan tu cam ner...

peace...

lelabi said...

klau saya la.. erm.. saya ni kacak tu xde la.. tp manis tu ada! kui kui..

klau nak tolong orang jgn pkai mata dan pandang paras rupa. tak sesuai. tp guna telinga dan dengar lah. klau ade orang jerit 'tolong2'. baru kite gi tolong. uhuhu ^_^