Sunday, January 25, 2009

Bahagia??

Sedang aku borak2 dgn kawan chat baru aku di YM... tetiba aku ditanya dgn soalan cepu emas yg mbuatkan otak aku jam dan jari2 ku terhenti... krn aku x mampu nak menjawap soalan dia.. krn selama ini persoalan itu pernah ku tanyakan pd diri sendiri dan terkubur.. dan tetiba kawan aku mengingatkan aku kembali akan persoalan ini..

Korang nak tau apa yg dia tanya.. Soalan dia simple je "u bg definasi bahagia jap?" so simple smp aku rasa terkedu seketika.. (masa tu kami sedang bualkan mengenai masalah rumah tangga dia dan aku tanya dia adakah dia bahagia skrg?)

Persoalannya.. ye la selalu kita ckp.. "Owh bahagianya aku hari nie" or "Kenapa la hidup aku ni x bahagia seperti org lain".. ungkapan bahagia nie selalu juga kita sebut.. tp adakah kita benar2 faham akan definasi sebenar bahagia nie??

Dalam aku sibuk surfing dlm net mencari maksud bahagia, aku terjumpa satu petikan ayat ni dari blog http://annurfad.blogspot.com/

"BAHAGIA adalah suatu perkataan yang abstrak. Pengertiannya begitu luas dan relatif. Lantaran itu ramai manusia gagal mencari dan mengejar kebahagiaan. Mereka tidak mengerti apa itu bahagia dan di mana adanya bahagia. Keadaan ini menjadikan pentafsiran bahagia berbeza antara seorang dengan seorang yang lain."

Emmm ikhlas aku amat setuju dengan ayat ini "Lantaran itu ramai manusia gagal mencari dan mengejar kebahagiaan. Mereka tidak mengerti apa itu bahagia dan di mana adanya bahagia."

Sbb masa kawan aku tanya soalan cepu emas yg menghampiri belian ni.. aku rasa terkedu seketika sbb aku sdiri xtau apa itu erti bahagia.. (Yg mana akhirnya aku jawap "terlalu meluas maksud bahagia nie tp dlm erti kata lain.. hati x runsing")

YA.. aku x faham apa itu erti bahagia sebenarnya.. x pernah aku rasa dimalukan.. (bukan malu sbb rasa bodoh, tapi malu sbb aku rasa betapa kerdilnya aku sbg hamba Allah... sehinggakan aku rasa betul kah aku pernah merasai atau kecapi erti sebenar bahagia ini)

Ada yang kata istilah bahagia ni abstrak or subjektif (erkk apa pula beza abstrak dan subjektif nie.. ahaha sudah makin konfius aku) x kisah la asbtrak ke subjektif ke.. yg pastinya.. setiap org mempunyai definisi bahagia mereka tersendiri.. x caya?? p tanya kawan2 korang apa maksud bahagia.. yg plg byk kita akan dgr jawapannya adalah "abstrak"," subjektif", "meluas", "mcm2", "happy" atau terkebil2 pandang kita semula...

Tetiba rasa kelakar pula.. ialah selalu benar kita sebut bahagia.. tp fahamkah kita dgn maksud sebenarnya?? lepas tu kalu dlm buku dongeng yg kita baca masa kecil2 dulu.. ending je mesti tulis Happily ever after.. atau happily forever.. dan mcm2 lagi... tp betul kah adanya bahagia selama2nya?

Yg pastinya, definasi bahagia ni mengikut definasi tuan punya diri.. jika ditanya pada Budak2 yg dapat gula2 pun dah happy bg mereka (sbb bukan selalu dpt mkn n xde duit nak beli sdiri)..

Seorang suami selesai melafazkan akad nikahnya di hadapan tok kadi utk bersama isteri tercinta juga sudah merasa bahagia.. (sbb akhirnya insan yg dipuja2 n disygi telah jadi hak miliknya yg sah.. laki lain xle kacau n selamatla bini aku mlm ni ;p )

Mat pit juga merasa bahagia bila dpt suntik ubat hikmah dia.. (sbb dia dpt khayal apa yg dia nak.. di dunia realiti dia hanya nobody tp di dunia ni, dia lah superman)

Seorang pencuri juga dah rasa bahagia bila hasil curian dia begitu mewah pada malam tu (sbb esoknya leh bayar duit kat ALONG dan menambah harta dia)...

Pelajar dapat 10A utk keputusan SPM pun dah merasa bahagia yg x terhingga smp ada yg terlonjak kambing.. (sbb dapat pergi belajar oversea ditaja kerajaan bg yg kurang mewah n bg yg kaya raya mommy n daddy dah janji nak belikan kereta)

Dapat beli handbag Gucci pun dah buat pembelinya tersenyum smp ke tinger sbb bahagia sgt sampai x sabar2 nak telefon semua senarai nama kawan ppuan dia yg ada dlm List handphone dia...(sbb x sabar nak berlagak n gayakannya)

Begitu besar definasi bahagia nie, smp x larat aku nak bg contoh hehehe.. (x kira la bahagia dari segi positif or negatif.. ianya bergantung akan niat hati kita)

Tapi aku rasa in the end of our life apa yg mbuatkan kita bahagia adalah a peace of mind (ketenangan jiwa).. dah tiada apa yg perlu kita runsingkan lebih2 jika melibatkan hal duniawi.. sbb tu kita pernah dengar kebahagiaan hakiki adalah menuruti segala perintah Allah.. krn selepas itu, kita perlu melalui kehidupan setelah mati dan ianya lebih penting dari kehidupan yg sementara ini kerana di sana kita akan selama2nya (to infinity and beyond)

ahuhh knp aku rasa mcm x tercapai je mesej aku iaitu knp aku mempertikaikan "definasi sebenar bahagia" eemm.. mgkn jawapan dia satu je.. SBB AKU BELUM CAPAI LAGI ERTI SEBENAR BAHAGIA YG AKU CARI2 SELAMA INI" .. skrg aku rasa sedih pula sebab aku pernah ingat dulu aku pernah mencari erti sebenar bahagia dan kemudian aku hentikannya.. krn aku tau aku xkan jumpa jawapannya.

Kepada mereka yg masih mencari kebahagiaan itu.. bukan la aku suruh korang berhenti mencarinya.. bagus juga kalu korang mencarinya sekurang2 ada hala tuju dr terkontang kanting xtau apa yg diingini dlm kehidupan tu.

Tapi percaya x jika aku katakan.. selepas kita usaha bagai nak rak utk mengapai apa yg kita impikan (di mana ia secara x langsung mbuatkan kita rasa bahagia), perasaan bahagia tu xkan kekal lama di sisi kita dan ianya akan berlalu pergi dan tika itu kita mula merasa tidak happy dan memburu impian yang lain pula..

Tapi percayala di masa yg sama.. sebenarnya ianya sgt berbaloi.. walaupun utk seketika shj perasaan bahagia itu.. sbb itu kadang2 ada orang sanggup mengabiskan masa utk bersama2 insan tersayang setelah diberitahu jangka hayat hidupnya tidak akan lama. Dan mereka sanggup melakukan apa jua semata2 utk menyimpan kenangan indah or perasaan bahagia itu bersama insan tersayang. Walaupun dia tau betapa sedihnya dia selepas itu, di mana dia akan kehilangan org yg paling dia sygi.

Kesimpulannya: Jangan la korang berhenti mencari definasi bahagia nie.. krn ianya terlalu meluas.. dan byk cara utk kita kecapi bahagia.. Mgkn kita lihat ada org yg hidup dia x bahagia tp itu adalah krn dia sdiri yg tidak mahu berusaha utk mengejar kebahagiaan itu.. Ingatlah, kita sendiri yang menentukan kebahagiaan kita dan ianya bukan terletak pada org lain.. Jadi marilah kita semua bersama2 mengejar kebahagiaan masing2... Di dunia ini tiada yg mustahil jika kita berusaha. Dan ini pula kata2 dr skywalker "journey to seek the meaning of happiness is the happiness itself "

Definasi bahagia bg aku: GEMBIRA yang membuat aku lupa akan masalah aku pada ketika itu.

Apa yg boleh mbuat aku bahagia:-
  1. dpt baca komik kegemaranku (gelak smp terkeluar air mata or emosianal krn terlalu mhayati)
  2. dpt hadiah yg comel or yg aku suka
  3. bersama insan tersyg
  4. window shopping or shopping n lepak dgn my gf
  5. dpt mkn makanan kegemaranku
  6. dpt layan anime yg sgt bestttt
  7. baca novel
  8. layan movie (cartoon is my fav.. n comedy)
  9. tido bersama si comelku
  10. dpt mbuli org (hahaha ni agak negatif sikit)

6 comments:

Benrauf said...

satu pendapat lagi. definisi bahagia pada aku adalah bebas. bebas hutang. bebas bergerak. bebas penyakit. bebas bersuara.
:)

Aurora said...

eemmm bagus juga definisi bahagia bagi Benrauf..

eemm kesimpulannya, lain org lain cara dia mencapai bahagia..

tapi kalu terlalu bebas juga.. susah juga kan.. hehe lebih2 dlm bebas bersuara.. hehe

Anonymous said...

hmmm,
ko telah membuatkan aku berpk, adakah aku bahagia skang?
adakah?
tiadakah?

itot

hangxkebun said...
This comment has been removed by the author.
hangxkebun said...

Definasi bahagia? kui kui.. pada aku, bahagia adalah keinginan dan matlamat. kandungan bahagia adalah bersifat positif seperti, riang, sayang dan di sayangi, kaya, berjaya, tidak resah, tiada masalah dan pelbagai lg. Bahagia adalah ciptaan manusia sebagai satu idealogi bagi memberi suatu harapan yg perlu di capai di dalam kehidupan. sama seperti mencapai kejayaan, mencapai kebahagiaan juga adalah matlamat yg perlu di capai dengan usaha. namun, definasi bahagia juga boleh di peragakan dalam keadaan negatif, seperti kematian. ada yang berasa bahagia bila mati kerana di rasakan masalah yang menimpa akan berakhir dan mati adalah kebahagiaan itu. Kesimpulannya, Definasi bahagia itu adalah keinginan berbentuk matlamat yang di cipta oleh naluri setiap insan yang perlu di capai dalam kehidupan.

Sekian saja rumusan saya.

Aurora said...

;) hebat rumusan tersebut..