Monday, October 16, 2006

Wanita + Rokok = ...

Sabtu lepas, aku p berbuka puasa di Wong Solo, Ampang...

Dalam kesibukkan orang ingin berbuka puasa, aku perasan perempuan-perempuan yg berada di meja hadapan aku.. Tengok meja penuh dgn makanan mcm utk makan 5 org tp yg ada 2 org sahaja..

Selepas 2 minit waktu berbuka puasa, datangla rakan2 dia dlm 4 org gitu.. mmg kecoh sekejap la.. siap berpeluk2 n muah muah.. (sorang je yg bertudung, yg lain tu semuanya seksi berlaka n muda2).. Aku perasan, meja sebelah kanan aku duk sibuk pandang akan kumpulan yg sibuk muah2 pipi nie.. mereka nie laki la.. 2 org mamat yg nampak agak lonely (aku assume teman serumah) pandang mcm geram je aku tgk.. haha kumpulan ppuan nie mmg lawa2 la.. ada yg lawa makeup ada yg lawa semulajadi.

Dlm sibuk aku menjamah makanan (sedap ooo sambal udang, dendeng n ayam goreng kat wong solo ni), aku terpandang la minah yg duduk bertentangan aku nie.. org lain semua sibuk menjamah makanan n minum.. dia pula sibuk dgn benda lain..

Ini la, topik yg ingin aku katakan di sini hari ini. Wanita + rokok = ....

Yups, ppuan yg duduk bertentangan aku nie sibuk sedang menjamu selera jin.. eemm maksud aku merokok.. Nak tergelak pun ada sebenarnya, org lain semua lapar nak mkn nasi atau kuih dia pula berbuka puasa dgn rokok.. Dr sini, aku tau dia mmg ketagih rokok (heavy smoker)...

Rasa syg sgt, ppuan tu cantik.. putih... tp adab n sopan dia telah tiada.. Di masa yg sama, aku intai juga disekeliling aku, ada lagi x org disekeliling aku merokok.. eemm xde pula aku nampak.. hanya dia sorang shj. Dan yg pastinya, dia bukan shj berjaya mcuri perhatian aku tp mamat 2 org tadi juga..

Skrang ni, ramai dah wanita yg merokok x kira la bertudung atau tidak. Ada yg berani merokok di tempat terbuka ada juga yg buat di tempat tertutup (berlakon baik di hadapan org lain). Adakah wanita yg merokok ni tidak baik? eemm entah la.. aku x berani nak komen. Sbb ada yg mgatakan hukumnya HARAM ada yg mengatakan MAKRUH. Aku x tau la, tp masa aku belajar dulu hukumnya HARAM. Tp masih tiada keluar lagi fatwa yg mengatakan merokok itu HARAM.

sebenarnya, aku berasa sedih n malu dgn sikap ppuan tersebut. Kenapa mesti berbuka puasa dgn merokok? Apa yg nikmat sgt atau kenyang sgt hisap asap rokok tu? Perbuatan dia tu sudah memalukan kaum wanita.. ke pemikiran aku nie kolot sgt? eemm entah la.

Tapi itu lah hakikatnya, sebenarnya dah ramai perempuan Malaysia yg merokok. X kirala bangsa melayu ke india ke cina ke.. Merokok kini seolah2 trend and cool bg wanita. Seolah2 ingin mbuktikan bahawa ppuan juga setaraf dgn lelaki.

Pelik? diorang ni x rasa segan ke.. kerana aku tau, kebanyakkan masyarakat masih memandang serong pd ppuan yg merokok nie. Ianya mempamirkan budi pekerti wanita tersebut. Bukan la aku nak ckp wanita yg merokok tu x baik tp tanggapan org terhadap dia sudah mula serong. Aaii entah la, mgkn sbb aku bukan perokok maka aku x mengerti keseronokan merokok itu.

Tapi alhamdulillah aku x teringin langsung utk mcubainya.. krn aku tau ianya x membawa sebarang faedah kepada aku. Mgkn x lama lagi, melihat wanita merokok di khalayak org ramai ini adalah perkara biasa. Dan mgkn org melihat mereka ini sbg wanita yg berkerjaya.. super women.. sape tahu ini adalah salah satu trend. spt zaman org dahulu2 mengunyah sireh atau hisap rokok daun.

Sesuaikah wanita merokok???

4 comments:

itot said...

huhu..aku ni lagi haru..nak pegang rokok pun aku geli..aku tatau kenapa..masa kecik2 dulu lagi lah teruk 'rokok fobia' aku..kalu ada puntung rokok atas jalan, atau kat tempat aku nak duduk, mmg aku takkan duduk..kalu nak makan pun boleh jadi terhenti..tapi dah besar panjang ni, dan kurang lah 'rokok fobia' aku tu..tapi idok le aku mncintai rokok.Tak elok untuk kesihatan. :D

sKywAlkeR said...

Komen saya adalah:

"Hell to the no"

pompuan xley merokok..Bahaye sgt2..
Xsamecm org lelaki...

kalo lelaki smoke,org xpndg sgt..Tp bile pmpuan smoke,mcm2 org pk..

Unknown said...

sendiri mau ingatlah pompuan yg merokok tuu... kekadang aku pun naik segan bila kaum HAWA ni merokok.. kerna SUAMI aku pun x merokok...
Memang sejak azali lagi laki aku x merokok.. Inikan pula kaum HAWA...

tapi kan... nenek aku merokok...camno? dia hisap roko yg di balut dgn kertas, dalam nyer di bubuh tembakau n cengkih..
aku tengok nenek aku bila letih buat keje mesti balut rokok.. asyik jer nenek aku buat...

hahahahah....

Blogger said...

salam..just nak bagi opinion..laki boleh merokok tapi perempuan x boleh? laki merokok kool tapi perempuan merokok x bermoral? laki sentiasa betul dan perempuan sentiasa salah?

peduli apa aku pada pandangan masyarakat kontemporari melayu ni. yang aku tahu pada abad ketujuh belas, imam muhammad bin abdul wahab telah pun mengharamkan segala jenis rokok. dan majlis fatwa telah bersuara pada tahun 1992 bahawa rokok adalah haram. tidak ada pengecualian di antara lelaki dan wanita.

kalau lelaki mencuri kita potong tangan mereka. kalau perempuan mencuri kita potong tangan mereka. tiada pengecualian.

wanita ditindas kerana pemikiran wanita sendiri. kehendak mereka yang mahu ditindas. mereka yang mendiskriminasikan diri mereka sendiri.

sekadar pendapat.
wassalam