Pagi ni, saya duduk seorang diri di dalam bilik pejabat saya yang sederhana besar. Seboleh-bolehnya, saya cuba menikmati roti manis separuh keras yang menjadi sarapan saya hari ini. Roti manis saya cicah ke dalam kopi segera untuk melembutkannya sebelum ia singgah di lidah. Entah kenapa roti manis ni terasa kurang enak pagi ni. Bukannya saya tak biasa bersarapan dengan roti hampir expire begini. Saya kurang memilih dalam soal makan.
Tapi pada saya, makan apa sekali pun, akan terasa lebih sedap jika makan bersama-sama orang lain. Dalam beberapa langkah dari bilik saya, ada sebuah pantry yang sedang dipenuhi teman-teman sejabatan saya. Mereka semua sedang enak menjamu selera. Saya tahu itu, kerana saya ke sana tadi untuk mengambil secawan air panas. Hati memang terasa mahu tumpang sekaki, bersarapan bersama mereka. Tapi, makin lama, saya rasa seperti 'semacam' aje, seperti ada yang tidak kena. Bukan saya tak pernah cuba mendekati mereka, tapi pasti akan ada 'ackward moments' bila saya cuba menyelit dalam kumpulan mereka ni. Akan ada soalan-soalan atau kata-kata saya yang tidak bersambut, atau bersambut dengan pandangan mata di antara mereka, yang saya sendiri kurang faham maknanya.
Saya memang orang baru di sini. Kurang enam bulan. Mungkin terlalu awal untuk mendapat tempat di kalangan kawan-kawan baru saya ini. Mungkin juga ada perilaku atau kata-kata saya yang kurang kena. Pernah (baca:kerap juga) saya terasa ingin berjauh hati kerana ada masa saya rasa disisihkan. Tapi, jika saya berasa begitu, tentu saya akan terus dan terus berasa hati, kan? Dalam kata lain, saya akan menyimpan rasa, kan? Tentu saya akan makin terasa tidak selesa bila bersama mereka kan?
Saya sudah dewasa. Jika saya rasa ada perbuatan saya yang tidak mereka senangi, saya akan cuba perbaiki cara saya. Jika usaha saya untuk rapat dengan mereka yang tidak mereka suka, pun tidak apa. Saya tak boleh dan tak akan paksa mereka terima saya dalam 'group' mereka ini. Saya faham, ada masa, susah nak terima orang baru menyertai 'klik' kita yang sudah rapat dan sekepala.
Jadi di pagi ini, daripada saya berkecil hati dan merosakkan 'mood' ceria saya, saya memilih untuk tidak menghiraukan perasaan negatif tu. Dalam hidup saya, ada banyak lagi tanggungjawab dan urusan yang saya perlu langsaikan dan saya suka bekerja dalam keadaan senang hati.
Jadi, saya memilih untuk tetap rasa gembira hari ini. Boleh? Tentu saja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Yess...1st person to comment..
Percaya atau tidak,manusia xmampu hidup sendirian.Mnusia perlukan teman utk berbicara,utk berkongsi,untuk menangis juga gembira.
bagi saya,perempuan mmg mempunyai kesukaran untuk menyesuaikan dir.Tetapi mungkin tidak bagi lelaki.Pandangan saya,cuba utk join "grup discussion" diorg..N tunjukkn "daya tarikan" awk..
:P
Firstly, tahniah krn memilih utk bergembira instead of wants to be together with this kind group of ppl.
Apa yg sky katakan betul, manusia ni perlukan teman utk teruskan hidup.. tp adakah kita perlukan teman yg berperangai begitu? yg hanya akan menyakiti hati kita selalu?
Sama juga dalam kes, seorang isteri meminta cerai dr suami kerana suami seorang kaki pukul n mabuk.. Jgn krn kita perlukan teman utk hidup, maka kita bersabar menerima segala bentuk pukulan, tendangan dan makian dr suami dayus tersebut.. Lebih baik kita memilih utk bahagia iaitu berpisah dgn suami kita..
Dlm dunia ni mmg ada pelbagai ragam manusia.. dan dlm dunia ni juga kita diberi pilihan utk menentukan dgn sape kita nak berkawan..
Kalau kumpulan tu yg perasan bagus n elit tu xmo kawan dgn ko.. xpe la.. kita cari je la kumpulan yg nak berkawan dgn kita dgn hati yg ikhlas.. Serious, x rugi pun kalu ko x berkawan dgn manusia mcm ni..
Anyway, aku nak suggest kan satu buku nie.."How to make people like you in 90 seconds or less". mgkn ada tips utk buat org rasa selesa nak berkawan dgn kita..
To aurora: Eh...Sempat lg die pomot buku kt sini...Hekkk!!! :P
skywalker,
betul. tepat sekali. Kita memang perlukan teman dan kawan dalam hidup ni. Cuma tak semua orang mahu jadi kawan kita, dan kita tak boleh harap semua orang akan jadi kawan, apatah lagi sahabat.
Tapi betul juga kata awak, saya perlu tunjukkan tarikan saya pada kenalan baru. Mungkin mereka (dan saya sendiri) perlukan masa untuk menyesuaikan diri.
Aurora,
Betul, idea dan pendapat ko semuanye aku terima sebagai benar (to certain extent-maksudnya, pendapat ni boleh jadi benar dalam satu situasi, dan tidak, dalam situasi lain).
aah, sempat lagi nak promote buku tu. :P
dapat komisyen eh?
Az..Btol kata awak..tak semua orang mahu berkawan dengan kita.Dan saya menggelarkan mereka2 yang cmni sbg sampah dan penyakit masyarakat.Kerana diorang ni adalah pemecahbelah masyarakat,pembawa fitnah,dan selalu menganggap mereka lebih baik dr kita.Mereka sebenarnya orang yang lebih teruk dr baghal..Saya sangat2 anti dengan golongan cmni.Dan bukan sekadar omongan,tetapi situasi ni pernah terjadi kepada kawan saya..
uih marah betul sky.. siap bg misalan baghal.. sabar sabar
uh... sedihny rasa... terasa ler plk time muda2 dulu... hehe...
ala pikir semua benda tu ader hikmah disebaliknya dah ler...
Post a Comment