Thursday, March 19, 2009

O.K.U ??? eh? cam best je?

Bermaksud Orang Kurang Upaya. Sinonim dengan perkataan 'cacat'. Tak kire la ape dari ape segi pun, mereka adalah manusia yg tidak sempurna sifat fizikalnya. Ye ke? heheh.. Aku terasa nak bercerita sedikit tetang kumpulan majoriti kat dalam kelompok manusia.

Dunia oh dunia.. masih ada yg sayang.. sayang la sangat.. hehe.. ^_^

Kesan dari pelbagai aspek kemajuan dan tamadun, selain dari cacat semulajadi memang ramai yg cacat hasil dari teknologi dunia. Contohnye mcm eksiden. tak kire la kemalangan kenderaan, kemalangan mesin2 di tempat kerja dan macam2 la lagi. hehe penerangan yang mantap. Jadi aku bukan nak cerita lebih2 pasal Orang Kurang Upaya ni. tapi aku sebenarnya nak cerita tentang Orang Kurang Usaha ( O.K.U ) huhu..

Sejak tahun 2002, bapak aku dah memegang title Orang Kurang Upaya. sebab kemalangan, hasilnya die dah jadi "tempang" seumur hidup. Jiran aku si "tangan" pun dah pegang tilte yang same sebab die eksiden jgk. Lumpuh sebelah tangan. Sejak kes2 ni berlaku, baru aku perasan dalam penempatan aku mmg ramai yang O.K.U. huhu jadi.. Mari lah menyelami sedikit sebanyak pahit manis golongan yang masih ada yang sayang... hehe..

Bagi aku yang dah biasa dengan golongan ni, jadi aku mewujudkan 2 jenis pandangan untuk mereka. Pertama, mereka2 ni adalah manusia biasa macam kite jgk. Takde beza pun. Kedua, pandangan belas kasihan dan simpati. Yelah, mana tak nye. Kesian tgk dorang tu, income dah tak mcm kite orang biasa. Klau ade yg berniaga atau yg bekerja pun kite tgk macam tak sempurna jek. Ade yang jalan terhencut-hencut. Ade yg bwat keje sebelah tangan. hehe koz tangan sebelah lagi dah takde. ngee... huhu tapi ni lah yang di namakan warna kehidupan. Yang kadang kala kita lupa masih ada yang memerlukan.. dari segi bantuan dan apa sahaja..

Bagi Orang Kurang Usaha. ha? masa cam ni la nak jadi kan panduan dan pedoman lepas kite tengok kesusahan orang lain. Tapi boleh ke? bukan mudah? setiap orang masing2 punya halangan dalam hidup, tak kira la yang cacat, yang normal, yang kaya, atau yang miskin. Ni semua adalah sebahagian dari "Takdir" yang sudah dalam ketentuan. Ade yang masih menyalahkan takdir.. walau tak tahu apa yang di maksud kan dengan takdir itu dan sistem ketentuan nya.. Pernah seorang kawan yang cacat kedua belah kaki bertanya.. "kadang2 aku pk kenapa la aku jadi cam ni.. nak ngorat awek pun susah" huhu.. adeh.. tersentak jugak aku dengar. tapi aku cume boleh menjawab.. "ketentuan allah.. dia tidak akan melakukan sesuatu yang sia2 menguji manusia melainkan suatu sebab.. iaitu untuk dekat kan diri kamu kepadanya.." huhu.. jangan cakap orang yg xde kaki jek, aku yang berkaki dua ni pun rase cam cacat je tuk mengejar erti kehidupan.. tp persoalan nye? perlu ke kaki untuk mencari kehidupan? dan perlu ke tangan untuk mencapai kejayaan?

So.. Selamat datang ke dunia.. tempat anda mengenal diri! yeah!!

5 comments:

Aurora said...

Sky, org jadi pengomen pertama pada post yang nie.. (jgn jeles)

eemm sebenarnya xtau nak komen apa.. sbb aku rasa mesej mcm x tersampai je.. ke sbb pagi ni aku blur?

emm O.K.U (orang Kurang Upaya), mmg simpati kepada mereka yang berada di dalam kategori nie.. selalunya mereka lebih cekal dari manusia yg sempurna

Tapi O.K.U (orang kurang usaha) ni pula.. bermaksud kepada manusia yg sempurna jasadnya, tapi kurang usaha.. ni ramai org dalam kategori nie.. (termasuk aku)

hehe hangxkebun.. topik post ni menarik, cuma kena tambah isi lagi.. apa mesej yg ko cuba sampaikan..

nanti karang lagi tau

kazasozei said...

em... semuany perlu en. hangxkebun... kaki diperlukan untuk melangkah kehadapan, tangan diperlukan untuk mengapai... tp jgn ler pula disalah gunakan tangan dan kaki tu...

hangxkebun said...

to kazasozei
huhu yup. orang memberi kita merasa.. allah memberi, kita hamba merasa.. btol pe yg ko cakap tu kan.. aih.. cume kadang2, kata2 syukur amat jauh dari dalam diri. wuu..

to aurora
embun dalam hati.. sejuk..

az said...

'Orang kurang usaha'.

satu term yang menarik. saya sendiri kadang2 termasuk dlm golongan ni.
yeah, perlu menambah usaha dlm semua perkara yang perlu dilakukan.
Az, berusahalah! *tepuk belakang bahu sendiri*

sKywAlkeR said...

kdg2 bile kte bg nasihat kt OKU[ org kurang usaha] ni,diorg akan jd OKA[ org kurang ajar]

"watpe ko sebok hal aku"
"ko sapa nk nasihat gua"

Ekk...aku blah je la..org bg nsht je pon.bkn cr gado..